“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Mei 29, 2011

Khasiat bawang

bawang, bawang, bawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ini Laman-Seri kongsikan satu lagi tumbuhan ciptaan Allah SWT yang sangat berguna dalam kehidupan kita sehari-hari.

Selama beribu tahun, bawang digunakan sebagai salah satu bahan ramuan dalam pelbagai masakan. Bukan setakat di dalam masakan, bawang juga digunakan sebagai tanaman hiasan dan juga sebagai ubat.

Ðikenali juga dengan nama allium cepa, terdapat pelbagai jenis bawang, iaitu merah, putih, kuning dan hijau. Semua jenis bawang ini mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri. Tergolong dalam keluarga lily, terdapat lebih daripada 600 spesies allium yang tersebar di sekeliling Eropah, Amerika Utara, Afrika Selatan dan Asia.

Bawang memang berharga. Malah, orang Mesir zaman kuno telah menggunakan bawang sebagai pengganti mata wang untuk membayar pekerja yang membina piramid. Mereka juga turut meletakkan bawang dalam perkuburan diRaja seperti Raja Tutankhamen.

allium cepa

Bawang merah dikelaskan dalam famili alliaceae. Bawang merah adalah lebih kecil dan lebih manis dari bawang besar. Bawang merah merupakan sejenis tanaman semusim, memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut dengan daun berbentuk silinder berongga. Umbi bawang merah terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang berubah bentuk dan fungsinya, membesar dan akhirnya membentuk umbi berlapis. Umbi bawang merah terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan bersatu. Umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek.

bunga bawang


pokok bawang


bawang di pokok

Apakah kandungan dalam sebiji bawang? Ðikatakan bahawa bawang mengandungi protein, gula, selulosa, mineral, minyak tetap, minyak asas dan kira-kira 80% air. Jumlah minyak asasnya adalah sedikit, tetapi minyak asas ini mengandungi bahan berbau dan menghasilkan air mata. Keadaan ini disebabkan oleh sulfida yang dihasilkan daripada reaksi enzim alliinase terhadap asid amino. Bawang juga merupakan sumber vitamin C, kromium, serat pemakanan, mangan, molybdenum, vitamin B6, folat, potassium, fosforus dan tembaga.

Raw Onions
Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
Energy 166 kJ (40 kcal)
Carbohydrates 9.34 g
- Sugars 4.24 g
- Dietary fiber 1.7 g
Fat 0.1 g
- saturated 0.042 g
- monounsaturated 0.013 g
- polyunsaturated 0.017 g
Protein 1.1 g
Water 89.11 g
Vitamin A equiv. 0 μg (0%)
Thiamine (Vit. B1) 0.046 mg (4%)
Riboflavin (Vit. B2) 0.027 mg (2%)
Niacin (Vit. B3) 0.116 mg (1%)
Vitamin B6 0.12 mg (9%)
Folate (Vit. B9) 19 μg (5%)
Vitamin B12 0 μg (0%)
Vitamin C 7.4 mg (12%)
Vitamin E 0.02 mg (0%)
Vitamin K 0.4 μg (0%)
Calcium 23 mg (2%)
Iron 0.21 mg (2%)
Magnesium 0.129 mg (0%)
Phosphorus 29 mg (4%)
Potassium 146 mg (3%)
Sodium 4 mg (0%)
Zinc 0.17 mg (2%)
Percentages are relative to US recommendations for adults.
Source: USDA Nutrient database


bawang merah


bawang kuning (bawang belanda)


Kegunaan dalam masakan

Bawang merah sebagai salah satu sayuran yang merupakan bahan penting untuk masakan baik untuk masakan rumahtangga dan juga sebagai bahan dalam industri permakanan. Pengeluaran bawang merah pada masa ini tidak mampu memenuhi permintaan yang ada terutama pada saat menjelang hari-hari perayaan seperti hari raya. Oleh itu usaha untuk meningkatkan lagi penanaman bawang merah perlu dipertingkatkan lagi. Bawang merah membiak dengan mengeluarkan tunas pada umbi, atau dikenali sebagai beranak. Anak-anak bawang merah boleh mencapai berbelas setiap pokok.

bawang manis ~ sweet onion

Bawang manis adalah jenis bawang merah yang tidak pedas 'pedo' (rasa yang menyengat). Keistimewaan bawang manis adalah disebabkan kandungan sulfur yang rendah dan kadar air yang tinggi bila dibandingkan dengan kelainan bawang lain.

daun bawang ~ green onion

Kurangkan risiko bakteria

Kandungan ubatan yang terdapat dalam bawang adalah antiseptik, diuretik, ekspektoran (penggalak rembesan kahak agar lebih mudah dibatukkan keluar), dan rubefasien (ubat gosok). Kandungan antiseptik yang terdapat dalam bawang juga membolehkan bawang digunakan untuk penyembuhan luka, bisul, sakit gigi, sakit telinga dan masalah respiratori.

Ðisebabkan khasiat ubatan bawang juga, peneroka awal Amerika menggunakan bawang liar bagi merawat demam selsema, batuk, asma dan untuk menghalau serangga. Ðalam perubatan Cina pula, bawang dikatakan telah digunakan untuk merawat angina, batuk, jangkitan bakteria dan masalah pernafasan.

Bawang dikatakan kaya dengan sumber oligosakarid fruktos. Oligomer ini merangsang pertumbuhan bakteriabifido yang sihat dan menahan pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus besar atau kolon. Oligomer ini juga dikatakan mampu mengurangkan risiko pembesaran tumor dalam kolon.

Kurangkan rasa sesak untuk bernafas

Kebaikan bawang juga adalah kerana sayur ini mengandungi sejumlah sulfida yang seakan sama dengan apa yang dijumpai dalam bawang putih. Ia dikatakan boleh merendahkan lipid darah dan tekanan darah. Bawang juga kaya sumber flavonoid yang menyediakan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular. Bawang juga mempunyai agen antibeku semulajadi kerana bawang mengandungi bahan yang mempunyai aktiviti fibrinolitik dan mampu menahan platelet bergumpal. Kesan antibeku bawang ini berkait dengan kandungan sulfur di dalam bawang.

Beberapa agen antiradang dalam bawang juga berguna untuk mengurangkan keterukan simptom-simptom berkaitan dengan masalah keradangan seperti sakit dan pembengkakan osteo dan rheumatoid arthritis, keradangan alahan daripada tindak balas asma dan rasa sesak dan sukar bernafas berkaitan dengan demam selsema.

Baik untuk osteoporosis

Jika anda mahu mengekalkan kesihatan tulang, terdapat satu kajian yang telah diterbitkan dalam sebuah Jurnal Pertanian dan Kimia Makanan, mencadangkan bahawa bahan baru dalam bawang yang dikenali dengan nama gamma-L-glutamyl-trans-S-1-propenyl-L-cysteine sulfoxice atau GPCS, mampu menyekat aktiviti osteoclast (sel-sel yang mematahkan tulang). Ini bermakna bawang baik buat wanita yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis sebaik sahaja melalui menopaus.

Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu tumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

Sembuhkan luka, lindungi jantung

Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang kasiat bawang merah kepada kesihatan. Ðari beberapa penyelidikan dan analisa yang telah dijalankan itu, ia mendapati bawang merah mengandungi 2 compound, iaitu sulphur compound seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Ðari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati efektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa. Bawang merah boleh menolong hati membuang toxin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menhindar dan membunuh sel kanser.

Bawang merah untuk didapati boleh menghindar kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan menunjukkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu fungsi otak dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis melalui menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan bawang, namun begitu sebelum mengambil keputusan menggunakannya, perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Rujukan : MisteriAlam MW, Ms.Wikipedia ~ bawang merah dan En.Wikipedia ~ onion

Capaian entry berkaitan :


2 ulasan:

  1. Makruh makan bawang terutamanya apabila hendak bersembahyang berjemaah...
    kerana bau mulut yg boleh mengganggu jemaah lain...

    BalasPadam
  2. @Koding

    Kalau makan mentah mmg berbau. Kena gosok gigilah kalau hendak juga ke masjid.

    Makan sate, burger atau laksa, kalau takde bawang rasa macam tak lengkap... :)

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails