“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, November 19, 2008

Genggam Fatimah

Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini saya sempat menjengah blog roslan-hk. HK tu apa, ya? Hong Kong ke? ... :) Terbaca kisahnya balik ke Temerloh, al-kisah mengejar angsa buat saya tersenyum. Lama saya tak jumpa angsa secara 'live'. Sebenarnya angsalah species itik yang paling saya tak suka, selepas itik serati. Garangnya itik serati ni, tuhan ajelah yang tahu! Memang saya benci itik serati! Dulu masa kecil, kami tinggal di kawasan kampung Kuala Pari, sebelum pekan Menglembu di Ipoh. Tinggal di kampung bolehlah bela macam-macam. Jiran sebelah rumah bela angsa dan serati. Kami bela itik yang tak brutal, itik air.

Wah... tak lama lagi nampaknya LAN bakal menimang anak. Jangan lepaskan peluang baca artikel Isteri-hamil-suami-jangan-kalut!. Saya tak nafikan, ramai kurang minat nak baca buku, tapi boleh tahan berjam-jam menghadap monitor. Jangan lepaskan peluang sambut baby di labour room. Hah! Masa ni barulah suami tahu, betapa payahnya isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat untuk suami tercinta.

Saya selitkan juga pengalaman sendiri yang saya titipkan di IBUGroup. Kalau tak silap, posting ni saya hantar selepas balik maternity leave, early May 2006.

Lama sungguh tak beremail ke ibuGroup. Saya baru saja start kerja minggu lepas. Alhamdulillah, saya selamat melahirkan baby kedua (girl) pada 09/03/2006, setelah tinggal di ward bersalin Hospital Putrajaya selama seminggu. Due sepatutnya 03/03/2006, tapi baby agaknya masih seronok duk kat dlm, tak nak keluar-keluar. Kena masuk ubat (induce) sampai 3 kali tapi jalan tak buka-buka jugak.. Sakitnya tuhan saja yg tahu. Doktor bagitau lepas kali ke 4 masuk ubat kalau jalan tak buka jugak, kena c-section. Saya mulalah panik!

Memang kalau boleh saya nak bersalin normal, dengar bedah-bedah ni dah ngilu rasanya. Macam-macam air saya teguk, dari air selusoh, air musoffa & segala air jampi saya minum tapi jalan tak buka-buka jugak. Nasib baik masa hari ketiga masuk ubat, jalan dah buka 3cm, masa tu doktor pecahkan waterbag, saya terus ke dewan bersalin. Kena induce lagi... mencabar rasanya bersalin kali ni. Sebab dah ada pengalaman sebelum ni, jadi dah boleh jangka dan masih teringat-ingat ADUH MAK SAKITNYA masa contraction tu... Last ikhtiar, saya minum air rendaman bunga genggam Fatimah. Itupun curi-curi minum masa suami bawa masuk ke labour room. Alhamdulillah sekejap aje jalan buka 5cm then terus 8cm... then boleh push. So bakal-bakal ibu di luar sana cuba-cubalah petua ni.

Dulu masa bersalinkan anak pertama, mak ada bagi bunga genggam Fatimah ni. Arwah M-I-L pun ada bagi, siap suruh minum airnya (rendam dengan air suam). Tapi saya ni jenis yang kurang percaya dan amat payah nak telan air yang pelik-pelik. Air selusoh, air musoffa & segala air jampi yang arwah M-I-L suruh minum memang saya tolak tepi sebab fobia dengan rasa PAYAU.


Amazingly, air
bunga genggam Fatimah ni takde rasa apapun. FOBIA aje yang lebih. Kalau saya tahu, awal-awal lagi saya telan air ni banyak-banyak. Insya Allah, cepat dan senang bersalin dah sebab saya dah tahu inilah saya war-warkan kepada semua pembaca blog ini.

Mudah-mudahan ada manafaatnya.


2 ulasan:

  1. Salam..
    Sy Wawa dr K.L.
    Mane nak cari bunga genggam fatimah nie..?






    wawa_anuar7686@ymail.com

    BalasPadam
  2. Salam,

    Boleh cuba cari di Pasar Chow Kit (tempat jual barang kering). Selalunya kirim pada orang yang nak ke Mekah. Banyak jual di sana.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails