“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, November 11, 2008

Sayyidul (Penghulu) Istighfar




Sayyidul Istighfar :
Dari Syaddad bin Aus Radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda yang bermaksud,
Yang dimaksud dengan Sayyidul Istighfaar adalah ucapan seorang hamba: "Allahumma anta Rabbi. Laa ilaaha illa Anta kholaqtani wa ana abduka wa ana ala ahdika wawa'dika mastatha'tu 'audzubika min syarri ma shana'tu 'audzu bika min syarri ma shana'tu, abu u laka bini'matika 'alayya wa abu-u bidzan bi faghfirlii fai-nahu laa yaghfirudz dzunuuba illa Anta". Sesiapa membacanya dengan yakin, pada waktu petang tiba-tiba ia mati pada malam itu, pasti ia masuk syurga. Sementara sesiapa membacanya dengan yakin pada waktu pagi, tiba-tiba ia mati pada hari itu, pasti ia masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan imam-imam hadis yang lain)

Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau. Engkaulah yang mencipta segalanya dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam perjanjian dengan-Mu dan ikrar kepada-Mu yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sebarang kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmat yang kau kurniakan ke atasku. Aku juga mengakui dosa-dosa terhadap-Mu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosa (ini) kecuali Engkau, ya Allah.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah tentang sabda
Rasulullah shallahllahu ‘alaihi wasallam, "Sayyidul Istighfar yaitu seorang hamba mengatakan 'Allahumma anta rabbi laailaahailla anta' .." hadis ini mencakupi pengetahuan yang berharga yang kerananya dikatakan sebagai sayyidul istighfar. Kerana inti hadis ini adalah pengenalan hamba tentang Rububiyyah Allah, kemudian mengagungkan-Nya dengan tauhid Uluhiyyah (Laa ilaaha illa anta) kemudian pengakuan bahwa Dialah Allah yang menciptakannya dan mengadakannya yang sebelumnya tidak ada, maka Dia yang lebih layak untuk berbuat ihsan kepada-Nya atas ampunan dosanya sebagaimana perbuatan ihsan atasnya karena penciptaan dirinya.

Kemudian perkataan “Wa ana abduka
yaitu keyakinannya akan perkara ubudiyah, bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan Ibnu Adam untuk diri-Nya dan beribadah kepda-Nya sebagaimana disebutkan dalam sebagian atsar Allah ta’ala berfirman, Wahai Ibnu Adam Aku ciptakan engkau untuk-Ku dan Aku ciptakan segala sesuatu keranamu, maka kerana hak-Ku atasmu maka jangan kau sibukkan dengan apa yang telah Aku ciptakan untukmu dari yang Aku ciptakan kamu untuknya (ibadah). Di dalam atsar yang lain disebutkan “Wahai Ibnu Adam Aku ciptakan engkau untuk beribadah kepada-Ku maka jangan bermain-main, dan Aku telah menjaminmu dengan rezekimu maka jangan merasa lelah (dari berusaha), Wahai Ibnu Adam mintalah kepada-Ku nescaya engkau akan dapati Aku, jika engkau mendapatkan Aku maka engkau akan mendapatkan segala sesuatu, jika engkau luput dari Aku maka engkau akan luput pula dari segala sesuatu, dan Aku mencintai kamu dari segala sesuatu.”

Maka seorang hamba apabila keluar dari apa yang Allah ciptakan untuknya berupa ketaatan dan ma’rifat kepada-Nya, mencintai-Nya, inabah (kembali) kepada-Nya dan tawakal atas-Nya, maka dia telah lari dari tuannya. Apabila taubat dan kembali kepada-Nya maka dia telah kembali kepada apa yang Allah cintai, maka Allah akan senang dengan sikap kembali ini. Oleh kerana itu Rasulullah shallahllahu ‘alaihi wasallam bersabda tentang berita dari Allah, “Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubatnya hamba daripada gembiranya seseorang yang mendapatkan kembali tunggangannya yang hilang di suatu tempat dengan membawa makanan dan minumannya, “ Dialah yang memberikan taufiq kepadanya dan Dia pula yang mengembalikan barangnya kepadanya” maka ini adalah ihsan dan kurniaan Allah atas hamba-Nya. Maka hakikat dari ini adalah agar tidak ada sesuatu yang lebih dicintai hamba kecuali Allah.


Kemudian sabdanya, “Wa ana ala ahdika wawa’dika mastathotu,” maka Allah menjanjikan kepada hamba-hamba-Nya dengan suatu perjanjian yang Allah perintahkan dan larang padanya, kemudian Allah menjanjikan bagi yang menunaikannya dengan suatu janji pula iaitu memberikan pahala bagi mereka dengan setinggi-tingginya pahala. Maka seorang hamba berjalan di antara pelaksanaan atas perjanjian Allah kepadanya dengan pembenaran akan janji-Nya, ertinya saya melaksanakan perjanjian-Mu dan membernarkan akan janji-Mu.

Makna ini sebagaimana disebutkan dalam sabda Rasulullah
shallahllahu ‘alaihi wasallam, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka diampuni baginya dosa-dosa yang telah lalu.” Perbuatan iman iaitu perjanjian yang Allah tawarkan kepada hamba-hanba-Nya sedang ihtisab iaitu pengharapan pahala Allah atas keimanan. Maka ini tidaklah pantas kecuali harus bersamaan dengan sikap pembenaran atas janji-Nya. Dan sabdanya, “Imanan wah tisaaban” ini adalah manshub atas maf’ul lahu yang sesungguhnya terkandung padanya pengertian bahawa Allah mensyariatkan, mewajibkan, meredhoinya dan memerintahkan dengannya. Sedang mengharap pahala dari Allah yaitu dengan mengerjakan amalan dengan ikhlas disertai mengharap pahala-Nya.

Sabdanya, “mastatho’tu” iaitu bahwa tidaklah aku melaksanakan semua itu kecuali sebatas kemampuanku bukan atas apa yang semestinya dan wajib bagiku. Ini menunjukan dalil atas kekuaran dan kemampuan hamba, dan bahwasanya hamba tersebut tidaklah dipaksa atasnya, bahkan baginya ada kemampuan yaitu berupa beban perintah, larangan, pahala dan siksa. Pada hadis tersebut terdapat bantahan atas Qodariyah yang mengatakan bahawa sesungguhnya bagi hamba tidak memiliki kekuasaan, kemampuan atas perbuatanya sama sekali, akan tetapi hanya siksa Allah atas perbuatan-Nya bukan atas perbuatan hamba-Nya. Pada hadis ini juga terdapat bantahan terhadap kelompok Majusiyah (penyembah api) dan selain mereka.

Kemudian perkataan : “Audzubika min syarri ma shana’tu”

Berlindung kepada Allah kemudian menggantungkan diri kepada-Nya, membentengi diri dengan-Nya, lari kepada-Nya dari apa yang dia takutkan, sebagaimana seorang yang lari dari musuh dengan berlindung di balik perisai yang menyelamatkan dia darinya. Pada hadis ini ada penetapan tentang perbuatan dan usaha dari hamba. Dan bahawa kejelekan disandarkan kepada yang berbuat bukan kepada pencipta dari kejelekan itu, maka perkataan “Audzubika min syari ma shana’tu.


Bahawa kejelekan itu hanya dari hamba, adapun Rabb maka baginya nama-nama yang baik dan segala sifat yang sempurna. Maka setiap perbutan-perbuatan-Nya penuh hikmah dan maslahat, hal ini dikuatkan dengan sabdanya “dan kejelekan itu bukan kepada-Mu. (HR Muslim dalam Doa istiftah)

Kemudian perkataan “Abuu bini’matika alayya
ertinya aku mengetahui akan perkara ini, iaitu aku mengenalmu akan pemberian nikmat-Mu atasku. Dan sesungguhnya aku adalah orang yang berdosa, dari-Mu perbuatan ihsan dan dariku perbutan dosa, dan aku memuji-Mu atas nikmat-Mu dan Engkaulah yang lebih berhak atas pujian dan aku meminta ampun atas dosa-dosaku.

Oleh kerana itu berkata sebahagian orang-orang arif, semestinya bagi seorang hamba agar jiwanya mempunyai dua hal iaitu jiwa yang senantiasa memuji rabbnya dan jiwa yang senantiasa meminta ampun atas dosanya. Dari sini ada sebuah kisah Al Hasan bersama seorang pemuda yang duduk di masjid seorang diri dan tidak bermajlis kepadanya, maka ketika suatu hari lewat kepadanya beliau berkata, “Apa sebabnya engkau tidak bermajlis dengan kami, maka pemuda itu menjawab, “Pada waktu itu aku berada di antara nikmat Allah dan dosaku yang mengharuskan aku memuji-Nya atas nikmat tersebut dan istighfar atas dosaku, dan aku ketika itu sibuk memujinya dan beristighfar kepada-Nya dari bermajlis kepadamu.
” Maka berkata Al Hasan, “engkau lebih fakih menurutku dari Al Hasan.

Dan bila seorang hamba bersaksi dengan dua perkara ini maka akan istiqomahlah peribadatannya kepada-Nya dan akan naik kepada derajat ma’rifat dan iman sehingga akan terus merasa kecil di hadapan Allah maka akan semakin tawadhu kepada Rabbnya, dengan demikian ini adalah kesempurnaan peribadatan Kepada-Nya dan berlepas diri dari sikap ujub, sombong dan tipuan amal.

Dan Allahlah yang memberi petunjuk serta taufiq, segala puji hanya bagi Allah salawat dan salam atas penghulu kita Muhammad SAW, keluarga dan sahabatnya dan mudah-mudahan redha Allah atas sahabat Rasulullah
shallahllahu ‘alaihi wasallam semuanya dan cukuplah Allah bagi kami dan Dia adalah sebaik-baiknya pelindung.

Dari tulisan : Muhammad bin Ishaq at Tamimi Ad Daari Al Hanafy
Dinukil dari Jamiul Masail Karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah
Tahqiq : Muhammad Uzair Syamsu, Isyraf : Bakr Abu Zaid

Diolah semula dari Rawatansihir.com


19 ulasan:

  1. Awak nie ikut fahaman Wahabbi ke?

    BalasPadam
  2. Salam wbt..

    Wahabbi tu apa ya? Apakah ciri-ciri Wababbi yg anda nampak pd saya?

    BalasPadam
  3. selalunya org yang ikut fahaman Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah nie pengikut Wahabbi. Ajaran Wahabbi di bawa oleh Muhammad ibn Abdul Wahab.. harapnya tak.

    BalasPadam
  4. Salamun'alaik wbt,

    Setakat ini ada 2 entry yg ada Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Sekadar berkongsi ilmu, rasanya tiada masalah bagi saya.

    Alhamdulillah, setakat ini saya masih spt kebykkan rakyat M'sia yg berpegang kpd mazhab Syafie.

    BalasPadam
  5. hmm... fahaman wahabbi berasaskan ajaran ibn Taimiyah. Ajaran akidahnya tentang tauhid Rububiyah menyalahi mazhab Syafie. Mcm mana awak kata xde masalah. Tu masalah akidah tu..

    BalasPadam
  6. Tak byk yg saya tahu ttg Wahabbi dan sayapun tak tahu samada mereka ni golongan yg macamana. Boleh rujuk semula entry Penghulu Istighfar dari web asal.

    Do you mean 'Penghulu Istighfar' ini ajaran Wahabbi? Saya lihat tafsiran ayatnya "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau. Engkaulah yang mencipta segalanya dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam perjanjian dengan-Mu dan ikrar kepada-Mu yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sebarang kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmat yang kau kurniakan ke atasku. Aku juga mengakui dosa-dosa terhadap-Mu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosa (ini) kecuali Engkau, ya Allah." ... tiada yang menyimpang dari ajaran Islam kerana ia merupakan doa yang elok dibaca.

    Mengapa masih mahu mempertikaikan akidah saya pula?

    BalasPadam
  7. bkn... istigfar yg awak attach mmg menjadi amalan. cuma reference yang awak ambil dari Ibn Taimiyah tu akan mengelirukan. sbb golongan Wahabbi mengikut ajaran Ibn Taimiyah. tkt2 yg x tau nanti ikut ajaran Ibn Taimiyah yang lain pulak sbb igtkan betul. Boleh kaji. Saya dapat info pun dari dari sumber lain gak. boleh cari kalau nak jelas lagi.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Mengikut Ms Al-Falaah, guru saya; "Bagi sayalah nak kafirkan orang saya memang surrender. Ada juga pengikut ASWJ yg taksub yg kafirkan ibn taimiyah, saya minta dijauhi Allah dari berbuat demikian. Begitu juga dgn syeikh Muhammad Abdul Wahab yg dinasabkan wahabi kpdnya. Saya tak berani nak buat apa2 sindiran kpdnya sebab kita tak tahu sebenarnya dia ajar/faham macamana. Kadang-kadang tu anak murid yg lebih2 berperisaikan nama tokoh ilmuan islam supaya mereka tak terpalit dgn sesalahan yg sengaja dikatakan sebagai idea/faham ibnu taimiyah @ Muhammad Abdul Wahab.

    Ini serupa macam syiah yg guna nama Saidina Ali dan ahlul bayt dalam semua tindakan mereka. Kemudian mereka akan quote hadis yg mafhumnya Rasulullah pernah bersabda, "Aku adalah gedung ilmu, Ali adalah pintunya." Hadis itu benar tapi itu bukan bermakna syiah benar. Penyelewengan itu bukan Saidina Ali yg buat tapi dibuat oleh generasi selepasnya yg taksub atau cuba memperdayakan umat menggunakan kemuliaan ahli bayt."

    Jadi, pada pendapat saya, SIAPA KITA nak mengulas apatah lagi mempertikaikan AKIDAH ibn taimiyah atau syeikh Muhammad Abdul Wahab hatta pengikut-pengikut mereka itu salah? Kita bukan penghukum sebab yang LAYAK menghukum hanya Allah SWT.

    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  10. http://www.abu-syafiq.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. Link yg diberi tu sibuk mengkafirkan orang itu orang ini, saya tak berkenan.

    Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang berkata kepada saudaranya, "Hai kafir!", maka ucapan itu kembali kepada salah satu di antara keduanya. Jika apa yang diucapkannya itu benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu bertuju kepada yang mengucapkan." (Hadis Sahih Muslim, No 49)

    Take care.

    BalasPadam
  12. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Isra ayat 84 yang bermaksud, " Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya."

    Firmannya lagi dalam surah al-isra' ayat 7 mafhumnya, "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."

    "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[ali Imran ayat 8]

    BalasPadam
  13. pelik ek,,,,kenapa bila kita refer pada imam ibnu taimiyyah kita akan di sangkutkan pada wahabi....sedangkan jelas kita rujuk kepada hadith yg sahih...kalau silap tauhid rubbubiyyah n uluhiyyah ni...cubalah bagitau kat mana silapnye?..imam masjid madina dan mekkah pun d gelar imam wahabi....kenapa mereka yg buat statement tu , tak buat arahan supaya jgn ikut solat mereka...harapnya...jgn kita menghukum...sebaliknya mengkaji dengan ilmu dan bersikap tawaddu..even pada zaman sahabat sendiri pun berlaku perbezaan pendapat ...tp tak pula kita dengar mereka kafirkan each other...

    BalasPadam
  14. Ya, betul. saya setuju dgn Adin. Cukuplah dgn Al-Quran dan hadis jadi pegangan. Insya Allah, setiap hadis yang dipaparkan di blog ini akan saya sertakan perawinya, supaya mudah dijadikan rujukan selanjutnya. Saya tak mahu menghukum sesiapa, sbb saya manusia biasa, tidak maksum spt Rasulullah SAW.

    BalasPadam
  15. terserah... saya cuma menyampaikan... kalau rasa saya salah.. kajilah lebih dalam lagi... terutama sejarah Ibn Taimiyah itu sendiri. kenapa makamnya tidak pernah diketahui... kenapa beliau pernah dipenjarakan kemudian dibebaskan semula. carilah tulisan ahli pelayaran terkenal Ibn Battuta tentang Ibn Taimiyah...

    lagi....? lain kali saya sambung lagi... seperkara lagi hati2 dgn fahaman muktazillah.. akidahnya tntg qadha' dan qadar menyalahi tauhid.

    BalasPadam
  16. Nak tanya.. mcm mana pulak nak tafsir Quran dan hadis yang bersifar mutasyabihat kalau xde ilmu dan tak merujuk ulama tabi'in dan tabi'it tabi'in?

    http://www.magnifix.com.my/ashairah/index.htm

    BalasPadam
  17. Salam cik/puan Mardiah, terima kasih atas kunjungan ke blog yang tidak seberapa ini. Saya tidak berminat untuk 'argue' kerana saya tidak nampak langsung apa kebaikannya.

    Ibnu Battutah sendiri tidak pernah bertemu dgn ibn Taimiyah 'eye to eye' jadi wajarkan dia menyebarkan tentang seseorang yang tidak dikenalinya secara terperinci?

    Saya sedih dengan orang2 yang taksub dengan sesuatu guru/amalan, langsung menolak dan tegar mengkafirkan orang lain dsb.

    Saya tidak BERMINAT dalam pertikaian yang cuba saudari timbulkan, jadi saya harap saudari faham.

    Komen selepas ini tidak akan dilayan.

    Harap maklum.

    Astaghfirullah halazdiim. Allazi la illahaillahuwal hayyul qayuum wa aatuubu ilaik.

    BalasPadam
  18. Ingat hadis ini, "Sekiranya seorang lelaki memanggil kepada saudaranya seIslam, "wahai kafir", maka kata-kata itu akan terkena kepada salah seorang daripada keduanya. Sekiranya benar seperti yang dikatakan, maka dia selamat. Jika tidak tepat, maka tuduhan itu akan kembali kepadanya. (Muttafaq 'Alaih)

    Dan hadis:

    "Sesiapa yang memanggil seorang lelaki dengan lafaz kekufuran atau memanggil, "Wahai musuh ALLah," sedangkan yang dituduh itu bukanlah seperti yang dikatakan, maka tuduhan itu kembali kepada penuduh," (Muttafaq 'Alaih)

    BalasPadam
  19. Whatever we do, JANGAN membid'ahkan orang sesuka hati, JANGAN memperlekehkan ulama dan JANGAN SEKALI-KALI mengkafirkan orang.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails