“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Disember 31, 2011

Renung wasiat Hassan al-Banna untuk mula tahun baru


Assalamualaikum warahmatullah,

Pejam celik pejam celik, esok, insya Allah, kita akan menyambut tahun baru 2012. Semoga kehadiran tahun baru 2012 ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Pengalaman sepanjang 2011 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin dapat kita ulangi. Orang cakap ‘sejarah mungkin berulang’ tapi adakah ia sama seperti pertama kali terjadi? Tak, kan? Kenangan manis, kita kenang sampai bila-bila. Kenangan pahit, kegagalan yang berlaku sepanjang 2011 kita anggap saja sebagai langkah yang perlu dilalui untuk kehidupan yang lebih berjaya.

Sebagai muhasabah dalam memulakan langkah 2012, marilah kita merenung wasiat dan nasihat Hassan al-Banna yang sangat relevan dan hidup kata-katanya walaupun beliau sudah tiada lagi antaranya :

❀ Segeralah tunaikan solat pada awal waktu iaitu kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan kita. Di situ ada sumber kejayaan, pertolongan dan taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran di mulakan dengan menyebut solat pada awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat di medan perang walaupun pada saat genting dan cemas.

❀ Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalu berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kata pepatah, sikit sikit lama-lama jadi bukit. Kurangkan mengisi masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.

Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir! Di sini ada ketenteraman, kedamaian dan keselamatan. Jadilah hamba yang sejahtera.

❀ Dorong diri untuk menguasai bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari.
Sebut dulu walaupun tidak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Ayuh! Apa tunggu lagi bukalah ruang walaupun seminit!

❀ Usahlah bertarung idea tanpa adabnya. Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan, syaitan namanya!

❀ Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa! Rasulullah SAW adalah yang paling banyak senyum. Baginda ketawa kena pada tempatnya. Bagaimanapun, dalam apa-apa urusan, berpada-pada sahajalah. Plato juga berharap supaya pementasan hiburan yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa dan lawak bodoh hanya disaksikan golongan abdi dan orang upahan asing. Begitu juga pendapat Aristotle, supaya belia ditegah daripada menyaksikan hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan, agar tidak menular keburukan dalam diri!

❀ Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair: Berikan kerehatan pada jiwamu. Yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

❀ Kawal nada suara setakat yang diperlukan oleh pendengar di hadapan kita. Janganlah jadi seperti orang bodoh, bahkan menyakiti hati orang lain pula. Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai! Surah al-Isra’ memberi tip kepada kita. Jangan keraskan suaramu dalam solat. Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

❀ Usahlah mengumpat dan usahlah merendah-rendahkan orang atau pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah lain! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.

Sukakah kita makan daging? Pasti kita suka! Tapi sukakah kita memakan daging kawan kita yang sudah mati? Sekali-kali tentu jawapannya TiDAK! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah segera, jika kita mengumpat tapi mesti minta ampun terhadap orang yang kita umpatkan itu. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi, untuk menghapuskan kemungkaran atau kerana memberi amaran kepada Muslim lain mengenai kejahatan dan mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

❀ Luaskanlah interaksi dengan umat manusia. Sekali pun mereka tidak diminta berbuat demikian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa, lapisan dan darjat datang berkunjung. Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

❀ Maksimumkan faedah waktu kita dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu kita yang masih tersisa. Bersegeralah, kerana dalam sabda Nabi yang bermaksud: “Bertindak segeralah melakukan amal...” (Diulang 7 kali..). Sayangilah masa orang lain, hormatilah waktu mereka, usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktahnya.

Akhir kata, selamat menyambut tahun baru 2012!




Sumber : HMetro

Capaian entry berkaitan :
Tajdid Iman: Muhasabah diri sebelum tahun baru
10 wasiat Hassan Al-Banna
Mengapa impian 2010 anda gagal?

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Disember 30, 2011

JPN mula keluarkan MyKad baru mulai 3 Januari



PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd Said.

Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini.

Orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

"MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan. Selain itu, MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

Beliau berkata MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.

Jariah berkata cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).

Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.

"JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.

"Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak," katanya. - BERNAMA




Petikan : BHarian 30/12/2011

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Disember 29, 2011

Adakah anda doakan ibu bapa hari ini...?

Kasih sayang anak kepada orang tua berpanjangan hingga ke alam barzakh


Assalamualaikum warahmatullah,

IBU bapa adalah insan paling mulia dalam kehidupan kerana itulah agama Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada mereka. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tinggi nilainya.

Mereka yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak.

Ingat apa yang kita miliki hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga adalah hasil pengorbanan ibu bapa. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat serta pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini.

Sehubungan itu, sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka jangan engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan jangan engkau menengking mereka, tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakan: Wahai Tuhanku! Kasihani mereka berdua seperti mana mereka sudah memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Israk, ayat 23-24)

Tidak dinafikan kasih sayang seorang ibu mengatasi segala-galanya, tidak dapat dinilai emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Tidak hilang di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak walau sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan dan melelapkan mata kerana teringatkan anak dan ada ketika air mata berlinangan merindui anak.

Mimbar mengingatkan, bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka? Cukupkah sekadar mengirim duit sebagai pengganti diri bagi membayar setitis air mata ibu akibat rindu kepulangan si anak? Ambil kesempatan yang ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

Oleh itu, wajarlah Allah memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukur kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan kepada Aku tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung itu. Berdasarkan pemerhatian mimbar, ada anak yang sanggup membuang dan menyisih ibu bapanya.

Mereka ini sanggup meninggalkan ibu bapa di rumah kebajikan atas alasan tidak sanggup melayan kerenah ibu bapa yang semakin tua. Berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga kini seramai 1,857 ibu bapa ditempatkan di rumah Seri Kenangan tanpa kasih-sayang anak. Mereka ini merintih keseorangan mengharap anak sentiasa mendampingi mereka.

Islam menganjurkan setiap anak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selagi suruhan itu tidak melanggar syariat Islam. Jika anak mengingkari perintah ibu bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar.

Imam Bukhari meriwayatkan, Abdullah bin Amru bin al-‘As bertanya Rasulullah SAW mengenai dosa besar. Sabda Baginda: “Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya! Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.”

Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian, menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup tetapi berpanjangan hingga di alam arwah. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah.

Perbuatan anak di dunia menjadi ukuran adakah mereka benar-benar menyayangi ibu bapa. Apalah gunanya anak mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan maksiat, kejahatan dan melakukan dosa besar.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amal kamu dibentangkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati; maka jika amal perbuatan kamu itu baik, mereka gembira mengetahuinya, dan jika sebaliknya, mereka (berdoa untuk kamu dengan) berkata: “Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah petunjuk, seperti mana Engkau sudah memberi hidayah petunjuk kepada kami (sehingga kami mati dalam iman).” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)

Jika ibu bapa tidak reda sikap keji anak, ini mengundang kemurkaan Allah. Selama mana kita tidak diredai ibu bapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah.

Renung-renungkan...




Petikan : Khutbah JAKiM di BHarian 20/05/2011

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Disember 28, 2011

Warga asing banjiri tempat awam merimaskan

PEKERJA asing membanjiri sekitar Lebuh Pudu dan Jalan Silang, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR: Kehadiran puluhan warga asing dari pelbagai negara seperti Afrika, Bangladesh, Nepal dan Myanmar yang melepak di sekitar Puduraya setiap hari tanpa mengira waktu, bukan saja merimaskan orang ramai, malah menakutkan warga tempatan terutama wanita yang bekerja atau berkunjung ke kawasan berkenaan.

Tinjauan BHarian kelmarin mendapati warga asing membanjiri kawasan sekitar Kotaraya dan Puduraya tanpa sebarang aktiviti dan berkumpul di kawasan tumpuan awam sehingga menyebabkan warga tempatan pula berasa seperti berada di negara asing.

Pekerja kedai serbaneka beroperasi 24 jam, Aisyah Yunus, 23, berkata kebanyakan warga asing berkenaan terutama dari Afrika dan Bangladesh gemar menghabiskan masa dengan melepak di depan kedai tempatnya bekerja bermula petang hingga dinihari, menyebabkan beliau takut kerana sering diusik. Beliau berkata, kehadiran warga asing di situ bukan perkara baru, menyebabkan warga tempatan sendiri takut untuk keluar sendirian.

“Mereka selalu berkumpul beramai-ramai pada Jumaat petang hingga lewat pagi di depan kedai saya bekerja dan sering bergaduh sesama sendiri, menyebabkan saya takut terutama apabila terpaksa bekerja sehingga lewat pagi. Warga asing dari Bangladesh dan Afrika paling ramai di sini. Ada sesetengahnya cuba berkomunikasi dengan saya dalam bahasa mereka tetapi apabila saya tidak memahaminya, mereka akan memarahi saya. Sebagai wanita, memang menakutkan apabila saya terpaksa berdepan situasi ini dan berharap pihak berkuasa bertindak menyekat mereka daripada berkumpul beramai-ramai sehingga lewat pagi,” katanya.

Maryam Adnan, 32, yang baru tiba untuk menghabiskan cuti umum di sini, turut melahirkan rasa terkejut dengan kehadiran warga asing yang ramai di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan rasa kurang selesa dan tidak selamat kepada warga tempatan.

“Saya tidak sangka pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur dipenuhi warga asing sehingga menyebabkan saya pula terasa seperti berada di Bangladesh. Kehadiran mereka yang melepak secara berkumpulan di bawah pokok, kawasan lapang dan tempat meletak kereta memang cukup menggerunkan.

“Sebagai rakyat negara ini, saya memang tidak selesa dengan kehadiran mereka yang gemar merenung golongan wanita dan cuba bercakap dalam bahasa tidak difahami. Saya rasa tiada jaminan keselamatan apabila wanita seperti saya keluar berjalan-jalan di sini,” katanya.

Sehubungan itu, Maryam mahu pihak berkuasa seperti polis termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tindakan sewajarnya termasuk memantau kehadiran warga asing di tengah bandaraya demi keselamatan warga tempatan.

“Paling menyakitkan hati apabila warga asing ini berani mengusik wanita tempatan tanpa segan silu termasuk ibu yang membawa anak. Jadi, rondaan lebih kerap serta pemeriksaan dokumen perjalanan mereka wajar dilakukan, selain mengenakan peraturan tidak membenarkan mereka berkumpul di tempat awam,” katanya.

Laman-Seri : Lagi beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2012. Jika mereka yang tidak berkenaan ini masih membanjiri Malaysia, apakah kesudahan program 6P???




Petikan : BHarian 28/12/2011

Butiran selanjutnya ...

Angelica ~ Bantu rawat gejala menopaus


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Laman-Seri kongsikan satu lagi herba menarik yang diberi nama Angelica. Nama herba ini mengingatkan saya kepada sepupu Tommy yang sangat kejam ‘noti’ dalam siri animasi Rugrats.

Angelica atau lebih dikenali dengan nama dong quai di China adalah tumbuhan semulajadi di negara tersebut. Herba daripada spesies angelica archangelica ini telah digunakan untuk tujuan perubatan semenjak beribu tahun yang lalu. Herba ini kebiasaannya digunakan untuk merawat masalah ginekologi wanita. Agaknya disebabkan itulah, namanya seperti wanita.

angelica archangelica


Angelica juga adalah herba jenis saka yang banyak juga ditemui di negara-negara seperti United Kingdom, Lapland dan Iceland. Angelica juga dkenali dengan nama Garden Angelica, Holy Ghost, Wild Celery dan Norwegian angelica. Dalam cerita rakyat, Angelica dikatakan mampu memberi perlindungan menentang jangkitan atau membersihkan darah dan menyembuhkan sebarang penyakit.

Menurut salah satu legenda di Eropah, Angelica telah didedahkan dalam mimpi oleh malaikat bagi menyembuhkan wabak. Semua bahagian herba ini dipercayai berkesan menentang semangat jahat dan ilmu sihir.

Di Amerika, dikatakan Angelica telah digunakan oleh sesetengah puak masyarakat asli dalam perubatan ilmu sihir. Mereka mempercayai air seduhan akar yang telah dihancurkan boleh digunakan sebagai air untuk menghalau hantu daripada rumah.

Herba ini biasanya ditemui di tepi-tepi sungai, jurang gunung dan padang rumput yang lembap. Batangnya berbentuk bulat, beralur, mempunyai cabang pada bahagian atas dan berwarna biru. Herba ini memiliki ketinggian tiga hingga tujuh kaki.

Bunga Angelica


Daunnya tumbuh daripada sarung mengembang yang mengelilingi batang. Pokoknya menghasilkan bunga berwarna putih kehijauan pada bulan Jun hingga Ogos dan disusuli dengan buah berbentuk bujur.



Selain digunakan dalam perubatan ilmu sihir, Angelica juga turut digunakan secara meluas dalam perubatan herba. Bahan utama dalam herba yang tergolong dalam keluarga umbelliferae ini adalah minyak meruap, asid valeric, asid angelic, angelicin, safrole, scopoletin dan asid linoleic. Kandungan yang disebutkan ini menjadikan Angelica amat berguna dalam rawatan demam, selesema, batuk, flatulen (sendawa) kolik dan masalah pada perut.

Tambah selera makan

Air seduhan yang dihasilkan daripada batang, biji dan akar Angelica dikatakan memiliki bahan karminatif (pelega flatulen), diaforetik (penambahan peluh), emenagog (agen perangsang haid), sedatif (redakan keresahan dan tekanan), stomakik (perangsang untuk meningkatkan selera makan) dan tonik. Angelica turut digunakan untuk menghalang haid dan tidak boleh digunakan dalam kuantiti yang banyak oleh wanita hamil.

Akar Angelica dikatakan mengandungi vitamin B12, zink, thiamine, sukrosa, riboflavin, potassium, magnesium, besi, fruktosa, glukosa dan banyak mineral surih. Jika digunakan sebagai ubat yang tidak dimakan, Angelica dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat kumur bagi sakit tekak dan mulut. Ia juga dikatakan boleh digunakan sebagai poultis atau tuam untuk patah tulang, pembengkakan, kegatalan dan reumatisma.

Air seduhan akar Angelica juga dikatakan mampu digunakan sebagai pencuci muka kerana dengan cara ini, ia dikatakan mampu mencegah akne atau jerawat. Akarnya yang kering dan dihancurkan dan dijadikan serbuk pula boleh digunakan untuk merawat masalah kaki makan air (athlete foot) dan juga sebagai racun serangga.

Bantu rawat gejala PMS (prahaid)

Kebiasaannya Angelica digunakan untuk merawat masalah haid seperti rasa sakit haid dan haid kurang. Ia juga dikatakan berkesan untuk sindrom prahaid, kekejangan dan haid tidak tetap.

Angelica mempunyai kesan antiradang dan antispasmodik (anti pengecutan) pada uterus. Ia juga dikatakan mampu melegakan sakit dan merehatkan otot. Kajian yang telah dilakukan juga menunjukkan bahawa herba ini mempunyai kesan luar biasa. Dikatakan sebelum mengendurkan uterus, ia merangsangnya terlebih dahulu supaya ia mudah untuk mengecut kemudiannya.

Selain berguna untuk uterus, Angelica juga mampu mengendurkan otot jantung, merendahkan tekanan darah dan menenangkan aritmia kardiak (berkenaan dengan jantung). Terdapat juga kajian yang menunjukkan ramuan herba ini berkesan untuk alahan dan masalah pernafasan. Ia boleh juga digunakan untuk merawat sakit kepala, jangkitan, artritis, penyakit buah pinggang, gejala-gejala menopaus dan sakit saraf.

Agen sedatif

Angelica dikatakan tinggi dengan kandungan zat besi dan ini amat berguna dalam merawat anemia dan memberi khasiat pada darah. Herba ini turut disebut mempunyai kesan sedatif ringan untuk melegakan tekanan. Malah ada juga yang menggunakan herba ini sewaktu melahirkan bayi untuk tujuan merangsang uterus.

Selain digunakan untuk tujuan perubatan, dikatakan ada bahagian herba ini boleh dimakan. Pucuk daun Angelica boleh dijadikan ulam, batang dan akarnya boleh dijadikan sayur dan bijinya digunakan dalam pembuatan pastri.

Biji dan akar yang telah dijadikan minyak boleh digunakan dalam pembuatan gin dan minyak wangi. Daun Angelica yang telah dihancurkan boleh dijadikan sebagai pewangi dalam kereta dan digunakan untuk mengurangkan rasa loya atau mabuk ketika menaiki kereta.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Rujukan : MisteriAlam MW#1408 dan En.Wiki ~ Angelica Archangelica.

Butiran selanjutnya ...

Selasa, Disember 27, 2011

Mudahkan yang payah



Seorang lelaki mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai masalahnya yang tidak boleh tidur malam.

Pelbagai cara telah diusahakan, tetapi masalah tetap tidak boleh diatasi.

“Apa yang mengganggu fikiran kamu hingga tidak dapat tidur?” tanya doktor.

“Saya rasa ada seekor dinosaur bersembunyi di bawah katil saya. Ðan apabila saya memejamkan mata, dinosaur itu akan membaham saya!”

“Masalah awak hanya ada pada pemikiran awak. Tidak ada dinosaur, Percayalah.”

“Ada!” jawabnya dengan penuh yakin.

Ðoktor itu mengadakan mesyuarat dalam kalangan doktor-doktor pakar berbincang mengenai masalah lelaki itu.

“Jelas ini masalah psikologi,” kata doktor pakar psikologi.

“Ini masalah fobia akibat didikan masa lampau,” ujar seorang pakar yang lain.

“Saya rasa ini berkaitan dengan masalah saraf,” tambah seorang doktor pakar saraf.

“Baiklah. Saya berikan masa untuk awak semua mencuba kaedah masing-masing untuk mengubatinya,” rumus doktor tadi.

Selepas seminggu, doktor-doktor tersebut bermesyuarat semula untuk membentangkan laporan masing-masing.

“Ini masalah psikologi yang sungguh kronik. Pelbagai kaedah telah saya gunakan, tetapi dia tetap merasakan ada dinosaur di bawah katilnya,” pakar psikologi membuat penjelasan.

“Sarafnya semua okey. Tidak ada apa-apa yang tidak normal.”

“Saya syorkan dia menerima rawatan alternatif.”

Banyak cadangan yang diusulkan, sehingga doktor itu bingung mana satu rawatan yang logik untuk dilaksanakan.

Ði rumah, doktor itu bermenung panjang.

“Mengapa ayah termenung?” tegur anaknya yang berusia tujuh tahun.

“Ada masalah seorang pesakit ayah.”

“Apa masalahnya ayah? Mana tahu saya boleh membantu.”

Ðalam hati doktor terdetik, kalau daripada kalangan doktor-doktor pakar pun tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Inikan pula anak yang berusia setahun jagung!

Namun untuk meraikan si anak, doktor itupun menceritakan masalah pesakitnya.

“Oh, dia rasa ada dinosaur menyorok di bawah katinya hingga dia tidak boleh tidur?”

“Ya, begitulah.”

“Kalau begitu, ayah potong sahaja kaki katilnya!”

“Apa pula kaitannya kaki katil itu dengan masalahnya tidak boleh tidur?”

“kalau kita potong kaki katil, sudah tentu dinosaur tu tak ada tempat untuk bersembunyi!”

“Ya tak ya juga,” bisik doktor itu dalam hatinya.

Esoknya, kaki katil si pesakit itu dipotong.

“Nah, sekarang dinosaur itu tidak ada tempat lagi untuk bersembunyi i bawah katil kamu. Kamu boleh tidur sekarang.”

Benarlah, si pesakit itu pun boleh tidur dengan nyenyaknya.

Pengajaran :

Betapa banyak masalah besar yang dapat diungkai apabila kita berfikir dengan santai, bebas dan keluar daripada kotak pemikiran yang biasa.

Renung-renungkan.




Sumber : Solusi Isu#29

Capaian entry berkaitan :
* Iktibar daripada sebatang pensel
* Birokrasi yang menyusahkan
* Katakter penghuni syurga dan neraka
* Ðendam, penyakit yang tidak kelihatan
* Tukarkan kepada sesuatu yang lebih baik

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Disember 25, 2011

Cerita menarik, popular dan pelik sepanjang 2011



Tandas permata, aiskrim susu ibu masuk rekod pelik dunia 2011

Ðalam bermacam kisah mengenai krisis politik dan bencana alam yang dilaporkan sepanjang 2011, ada beberapa cerita pelik dan menarik mewarnai 12 bulan lalu.

Tidak kurang juga beberapa rekod baru dunia dimasukkan dalam senarai bizarre iaitu peristiwa yang dianggap di luar kebiasaan atau ganjil sepanjang 2011. Ini termasuk perkahwinan gemilang Putera William dan Kate Middleton pada 29 April lalu. Perkahwinan pewaris takhta England itu dicatatkan sebagai majlis perkahwinan paling banyak ditonton manakala senarai wanita paling pendek di dunia, diisytiharkan milik gadis berusia 18 tahun dari India, Jyoti Amge.

Selain mencatatkan beberapa rekod yang dimasukkan dalam rekod dunia 2012, Laman-Seri menyingkap beberapa cerita menarik yang popular dan menjadi tumpuan sepanjang tahun ini.

Beberapa rekod baru

Maklumat dalam Guiness World Records 2012 yang dilancarkan September lalu menyenaraikan beberapa muka baru termasuk Christine Walton yang dikenali ‘The Dutchess’ Walton, yang mempunyai kuku terpanjang pada ukuran 309.8 sentimeter. Turut tersenarai, Chanel Tapper yang menjadi wanita mempunyai lidah terpanjang iaitu 9.75 sentimeter dan Aevin Dugas dengan gaya rambut ala Afro asli terpanjang pada ukuran 1.32 meter.

Christine Walton


Chanel Tapper


Perkahwinan paling ramai penonton

Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton mencatatkan sejarah tersendiri dengan ditonton secara dalam talian oleh lebih 72 juta orang di seluruh dunia. Catatan itu juga mencecah rekod upacara mengangkat sumpah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada 2008.

Putera William dan Kate Middleton


Jyoti Amge

Wanita terpendek

Gadis dari India, Jyoti Amge, dicatatkan sebagai wanita terpendek di dunia pada sambutan ulang tahun ke 18 pada 15 Ðecember lalu. Jyoti hanya mempunyai ketinggian 61.95 sentimeter mengetepikan rekod yang dipegang seorang remaja Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang memiliki ketinggian 69.5 sentimeter.

Kaki terpanjang

Lelaki dari Maghribi, Brahim Takioullah direkodkan sebagai lelaki mempunyai kaki terpanjang di dunia dengan saiz 38.1 sentimeter (1 kaki 3 inci).

Brahim Takioullah

Lelaki berusia 29 tahun itu yang menetap di Perancis itu juga mempunyai ketinggian luar biasa. Brahim menjadi lelaki kedua tertinggi di dunia selepas Sultan Kosen berasal dari Turki, dengan ketinggian 8 kaki 3 inci.

Aiskrim susu ibu

Antara cerita pelik yang tidak terlepas dari dipetik ialah kisah Ais krim susu ibu mula dijual. Sebuah kedai airkerim di London menjual aiskrim yang dihasilkan daripada susu ibu pada harga STG14 (US$22.76, STG16.49) satu sudu yang dihidangkan dengan campuran lemon dan vanilla.

Baby Gaga breast milk ice cream

Mendapat sambutan hangat, malah stok untuk sebulan habis dijual dalam tempoh seminggu. Namun pihak berkuasa tempatan mengharamkan penjualan aiskrim susu ibu dengan alasan keselamatan dan kesihatan makanan.

Gelandangan haram

Kerajaan Hungary mengharamkan golongan tidak berumah atau gelandangan berkuat kuasa 1 Ðecember lalu. Mereka yang didapati tinggal dan tidur di jalanan, jika didapati bersalah boleh dikenakan denda AS$600 (RM1,800) atau berhadapan hukuman dipenjarakan.

Kadar pengangguran di Hungary meningkat tahun ini kepada 10.7%. manakala International Business Times mencatatkan 48% warga negara itu tidak bekerja dalam tempoh 12 bulan lalu.

Calon Gabenor mangsa cinta internet

Bekas calon jawatan Gabenor Arizona mengunjungi Ukraine untuk ‘mencari cinta’, tetapi berakhir dengan kelaparan dan jatuh sakit di pusat perlindungan orang tidak berumah. Cary Ðolego, 53, akhirnya menjadi ‘mangsa cinta’ internet. Kisah beliau pernah dipetik dalam entry Mangsa tipu pacaran internet.

Cary Ðolego

Pekerja sosial terkejut apabila terserempak dengan Ðolego yang duduk di tepi jalan, berkelakuan pelik dan mengalami radang paru-paru. Ðolego yang bertanding bagi jawatan Gabenor Arizona tahun lalu melawat Ukraine pada musim bunga untuk membuat penyelidikan projek kejuruteraan serta mencari jodoh.

Lelaki itu berkata, Ðolego berkenalan dengan seorang wanita dikenali Yulia menerusi online dan berharap dapat berkahwin dengannya. Ðolego kemudiannya mengunjungi kampong halaman wanita itu di Chernivtsi. Tetapi dia tidak muncul. Ðengan tiada tempat untuk dituju serta kehabisan wang, Ðolego merayau di jalan di Chernivtsi bersama ramai lagi gelandangan sehingga beliau ditemui pekerja sosial dan dibawa ke pusat perlindungan.

15 tahun tanpa wang

Memang sukar dipercayai tetapi ia dibuktikan wanita dari Jerman, Heidemarie Schwermer, 69, yang bertahan tanpa wang selama kira-kira 15 tahun. Schwermer mula mengamalkan hidup tahpa wang pada 1996 dengan melakukan skim unik iaitu bertukar barang atau system barter untuk meneruskan hidup.

Sejak mengamalkan sisitem itu, Heidemarie yang tinggal dalam masyarakat materialistic berkata, hidupnya kini lebih berkualiti, tenang, kaya hati dan bebas. Malah, dia tidak pernah merancang untuk kembali ke zaman yang menggunakan euro dan sen.

Heidemarie Schwermer

Pada peringkat permulaan, Heidemarie menawarkan khidmat menjaga rumah sebagai bayaran untuk keperluan tertentu. Ðia mendapati boleh memenuhi semua keperluan material tanpa pening memikirkan soal kewangan.

Kemudian pada 1996, dia mengambil keputusan yang lebih besar – berhenti kerja, keluar dari rumah sewanya, mendermakan semua barang miliknya, menutup akaun bank, membatalkan insurans kesihatan dan masuk ke dalam fasa yang dirangcangnya selama ini iaitu cuba hidup tanpa duit selama setahun.

Semua kawan rapatnya terkejut dengan keputusan Heidemarie. Malah, anaki perempuannya juga sangat bimbang dia tidak boleh bertahan. Kini sumber pendapatannya adalah dengan menulis buku mengenai pengalamannya yang sudah diterjemah dalam beberapa bahasa dunia.

Pelari marathon tertua

Jika dilihat kepada usianya, tidak siapa percaya beliau adalah pelari marathon. Namun, realitinya Fauja Singh Fauja Singh, 100, dari Briton utara London, Britain masih aktif berlari malah dicatatkan sebagai pelari marathon tertua.

November lalu, Fauja melengkapkan larian marathon di Toronto Waterfront Marathon, Kanada. Beliau mencatatkan larian lapan jam, 25 minit dan 16 saat dan berada di tempat 3,850 daripada keseluruhan peserta iaitu tempat kelima yang terakhir.


Fauja mula berlari sejak 11 tahun lalu selepas beliau kematian isteri dan anaknya. Memulakan larian seawall 7 pagi, Fauja akan berlari kira-kira 8.5 kilometer sehari. Beliau yang dilahirkan di India tetapi berhijrah ke Britain pada 1960 memberitahu rahsia kesihatannya adalah kari halia, teh dan sentiasa gembira menikmati hidup.

Namaku ‘Facebook’

Seorang lelaki dari Mesir menamakan anak perempuannya ‘Facebook’ inspirasi daripada Revolusi Mesir 2011 yang tercetus daripada rangkaian sosial Facebook.

Gamal Ibarahim memberitahu akhbar Al-Ahram, beliau menamakan anak perempuannya begitu bagi menyatakan kepada golongan revolusi yang berjaya menumbangkan pemerintahan 30 tahun Hosni Mubarak.

Tandas permata

Jepun memang terkenal sebagai Negara yang sering mencipta rekaan inovasi dan kreatif. Namun, ciptaan kali ini dianggap pelik kerana menghasilkan tandas dipenuhi emas dan batu permata.



Mangkuk tandas itu dihiasi 72,000 kristal bermutu tinggi Swarovski bernilai AS$100,000 (RM316,950.18). Tandas itu dihasilkan syarikat INAX yang bekerjasama dengan pakar batu permata Austria dan dipamerkan di pusat membeli belah terkemuka di Ginza, Tokyo.

Perkampungan Smurfs

Dalam entry bandar dicat warna biru kerana filem Smurfs, Juzcar, sebuah kampong di kawasan pendalaman Malaga, berubah enam bulan lalu menjadi kawasan perumahan baldu biru apabila ia dipilih sebagai set untuk penggambaran filem 3Ð Smurfs.


Sony yang menerbitkan filem itu, berjanji mengecat semula kampong terbabit kepada leadaan asal iaitu warna putih yang mempersonakan, seperti pemandangan biasa kampong tipikal di selatan Sepanyol.

Kini dilaporkan 250 penduduk terbabit bersetuju mengekalkan cat biru baldu itu kerana ia menjadi tarikan pelancong ke kampong berkenaan. Malah, sehingga kini, 80,000 pelawat dicatatkan mengunjungi kampong itu.




Petikan : BHarian 25/12/2011

Butiran selanjutnya ...

Bahaya tibi



Ramai alami simptom lengah jumpa pakar, ada percaya terkena ilmu hitam hingga batuk makin kronik

ANTARA 1945 hingga 1957, batuk kering atau nama saintifik perubatannya, Tuberkulosis (tibi) menjadi penyakit paling digeruni masyarakat dan pembunuh No 1 negara ketika itu. Senario waktu itu, berikutan ketiadaan penawar berkesan untuk mengubati wabak berkenaan, tibi akhirnya berleluasa menyerang orang ramai sehingga pesakit terpaksa dikuarantin bagi mengelak jangkitan lebih meluas.

Pada 1961, kerajaan memperkenalkan Program Kawalan Tibi Kebangsaan dan semua individu yang dikesan mempunyai tanda penyakit ini dirujuk ke Pusat Tibi Negara atau kini dikenali sebagai Institut Perubatan Respiratori (IPR), Jalan Pahang, Kuala Lumpur, untuk rawatan susulan. Sejak itu, diperkukuhkan dengan kaedah bidang perubatan yang makin moden, tibi mula terkawal sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Malaysia sebagai 'Negara Tibi Sederhana'.

Bagaimanapun, sejak 1955, kes baru tibi yang dilaporkan kembali meningkat dan membimbangkan setiap tahun. Pada 2000, sebanyak 15,051 kes direkodkan berbanding 10,873 kes pada 1990. Terbaru, sehingga November lalu, kes tibi di seluruh negara bertambah kepada lebih 19,000 kes berbanding 16,000 kes beberapa tahun lalu.

Pengarah IPR, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif, berkata sikap segelintir masyarakat yang terlalu taksub dengan amalan rawatan tradisional yang dikendalikan bomoh serta menganggap simptom tibi sebagai tanda terkena ilmu hitam, menjadi antara punca utama bilangan kes penyakit itu meningkat.

"Kebanyakan pesakit tibi dalam keadaan teruk yang datang kepada kita mengatakan pada awalnya, mereka menyangka masalah kesihatan seperti batuk berpanjangan lebih dua minggu; hilang selera makan; demam dan berpeluh pada waktu malam; susut berat badan serta batuk berdarah adalah disebabkan terkena buatan orang. Sangkaan ini menyebabkan mereka bertemu bomoh atau pengamal rawatan ilmu hitam untuk berubat. Namun, apabila penyakit dialami tidak sembuh dan semakin serius, barulah mereka berjumpa doktor pakar. Tempoh lama yang diambil menyebabkan masalah tibi dialami makin merebak dalam paru-paru," katanya ketika ditemui kolum Sihat di IPR.

Dr Abdul Razak berkata, antara punca utama lain menyebabkan peningkatan tibi adalah tindakan seseorang yang melengah-lengahkan waktu untuk bertemu pakar perubatan walaupun mengalami gejalanya. Mereka lazimnya akan bertemu doktor di klinik biasa yang tidak mempunyai kepakaran khusus membabitkan tibi terlebih dulu, malah ada antara mereka yang berkunjung ke klinik berkenaan secara berulang. Selepas mendapati penyakit masih tidak sembuh, mereka akan bertemu pakar di pusat perubatan swasta atau hospital kerajaan untuk rawatan susulan. Namun, kelewatan ini menyebabkan tibi makin merebak.

Dr Abdul Razak berkata, rekod menunjukkan ada pesakit yang sudah dikesan awal tetapi tidak mengikut nasihat perubatan disaran doktor. Menurutnya, pesakit terbabit tidak mengambil ubat secara teratur sepanjang tempoh rawatan, iaitu sekurang-kurangnya enam bulan lalu menyebabkan penyakit dialami bertambah teruk hingga terpaksa dikuarantin di IPR.

Beliau juga pernah berdepan kes di mana seorang pendatang asing tampil ke IPR selepas tidak bermaya untuk berjalan akibat dijangkiti tibi. Apabila ditanya mengapa tidak datang mendapatkan rawatan lebih awal, dia memberi alasan takut dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana tiada permit pekerjaan sah.

"Kesimpulannya, walaupun kaedah perubatan makin moden dan berkesan, punca utama yang menyebabkan semakin ramai penduduk Malaysia menghidap tibi adalah sikap melengah-lengahkan rawatan terbaik untuk penyakit itu. Justeru, kesedaran yang tinggi berhubung penyakit ini perlu ada dalam diri setiap penduduk Malaysia. Jadi, jika anda mengalami apa saja simptomnya, tolong segera bertemu pakar tibi sama ada di hospital swasta, kerajaan atau IPR. Sikap melewatkan rawatan tibi bukan saja memberi kesan yang makin buruk kepada kesihatan anda dan menyebabkan lebih ramai orang di sekeliling dijangkiti, tetapi juga menjejaskan perkembangan negara," katanya.

Menurut Dr Abdul Razak, setiap bayi yang lahir di negara ini sudah dibekalkan dengan suntikan vaksin Bacille Calmette Guerin (BCG) bagi membantu mencegah penyakit tibi. Namun, ia bergantung kepada keadaan antibodi, amalan kehidupan dan persekitaran ketika membesar.

Antara golongan berisiko tinggi menghidap tibi, katanya, adalah pesakit HIV; penghidap diabetes; perokok; banduan; individu berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 40 tahun; 60 tahun hingga 80 tahun; kerap berada di tempat sesak; berdepan dengan mereka yang tidak sihat serta pendatang asing.

Selain itu, katanya, di negara ini, sebanyak 90% penduduk menghidapi 'Tibi Dalam Paru-Paru' yang masih boleh dirawat tanpa kesan sampingan. Manakala bakinya mengalami 'Tibi Luar Paru-Paru', iaitu kuman sudah merebak ke otak, jantung, tulang serta kelenjar, mengakibatkan pesakit akan menderita penyakit kronik lain walaupun tibi sembuh sepenuhnya. Jadi, pengesanan dan rawatan dalam kadar paling awal mampu mengelak seseorang dijangkiti penyakit pada peringkat 'Tibi Luar Paru-Paru' yang mampu mengakibatkan kematian.

Dr Abdul Razak berkata, dari segi pengesanan penyakit, IPR akan menggunakan tiga kaedah iaitu pemeriksaan kahak, x-ray paru-paru dan ujian Mantoux (mencucuk jari) yang keputusannya sangat berkesan walaupun penyakit belum berada pada tahap kritikal. Manakala, daripada segi perubatan, IPR akan membekalkan empat jenis antibiotik dikenali sebagai Respiratori Cripple yang perlu diambil dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan iaitu Rifampicin, Isoniazid, Pyrazinamide dan Ethambutol selain Vitamin 6.

Sementara itu, pada masa depan, IPR mensasarkan untuk mengurangkan kes baru tibi dan paling penting mengurangkan kadar korban akibat penyakit berkenaan yang kini mencapai lapan peratus, berikutan tibi bukan penyakit yang sepatutnya menyebabkan kematian.

"Bagi mengurangkan kes tibi, ia memerlukan kerjasama semua pihak seperti bertemu doktor secepat mungkin jika mengalami simptom serta memakai topeng mulut dan hidung dalam keadaan tertentu. Ini kerana penyakit ini, berjangkit melalui udara akibat batuk dan bersin. Doktor di klinik juga perlu memahami serta mempunyai kemahiran mengesan simptom sebenar tibi dan menasihatkan pesakit untuk bertemu pakar penyakit itu dengan segera, bukan hanya membekalkan ubat. Kerajaan juga perlu menambah doktor tibi di negara ini bagi memastikan proses rawatan terus berjalan lancar dan cepat. Ini kerana ketika ini, walaupun kaedah kawalan perubatan baik, jumlah pakar tibi sangat kurang," katanya.

Nora sangka batuk biasa, paru-paru jadi hitam akibat kuman

SEJARAH keluarga dan latar belakang rakan yang bebas tibi membuatkan Nora Nazmin, 19, tidak menyangka akan menghidapi penyakit itu pada tahap serius. Apatah lagi dengan usia yang masih muda, Nora cukup yakin batuk dialami hanya masalah kesihatan biasa, berpunca daripada cuaca kurang baik walaupun ia berpanjangan beberapa minggu.

Ketika ditemui penulis, pelajar Diploma Perakaunan Institut Profesional Baitulmal itu hanya duduk di atas katil wad di Institut Perubatan Respiratori (IPR) kerana kurang bermaya. Nada suaranya perlahan kerana sakit tekak dialami akibat tibi. Bertemankan ibunya di sisi, Nora berkata, selepas kira-kira sebulan batuk yang dialaminya tidak sembuh, beliau akhirnya bertemu doktor, April lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ujian awal mendapati, beliau disyaki menghidap tibi dan diminta terus datang ke IPR pada hari sama untuk pemeriksaan lanjut pakar. Alangkah terkejutnya Nora apabila doktor mengesahkan beliau positif tibi. Namun, Nora bernasib baik kerana hasil x-ray dijalankan, penyakit itu belum berada pada tahap serius. Sejak itu, Nora berulang-alik ke IPR untuk menjalani rawatan susulan. Doktor memberi jaminan tibi dihidapi akan sembuh sepenuhnya, dengan syarat Nora mengambil ubat setiap hari sepanjang tempoh enam bulan seperti disarankan.

"Bagaimanapun, selepas tempoh tertentu, saya makan ubat secara tidak teratur hanya kerana malas dan saiz empat biji ubat yang perlu diambil itu besar. Akibatnya, selepas tempoh enam bulan, hasil x-ray dijalankan doktor mendapati, paru-paru saya makin berwarna hitam kerana kuman tibi merebak. Dalam tempoh hanya empat bulan, berat saya susut dari 58 kilogram kepada 41 kilogram dan saya terpaksa menunda semester pengajian kerana perlu menjalani rawatan susulan di wad selain tidak bermaya untuk berjalan," katanya.

Nasib baik masih menyebelahinya apabila anak kedua daripada enam adik-beradik itu mempunyai peluang besar untuk sembuh dalam tempoh sembilan bulan seperti dijangka doktor. Kali ini, Nora benar-benar nekad untuk menjalani rawatan secara teratur sehingga benar-benar pulih kerana menyesal dengan tindakannya sebelum ini. Tambahan, apabila melihat ada pesakit yang dijangka doktor tidak mampu hidup lama akibat kuman tibi yang sudah merebak di luar paru-paru. Nora juga menasihatkan mana-mana individu yang mempunyai simptom tibi terutama batuk berpanjangan supaya usah ambil bagi mengelak penyakit itu bertambah serius.

INFO: Antara simptom Tibi

❀ Batuk berpanjangan (lebih dua minggu)
❀ Hilang selera makan
❀ Demam
❀ Berpeluh waktu makan
❀ Susut berat badan
❀ Batuk berdarah

Golongan berisiko

❀ Pesakit HIV
❀ Penghidap diabetes
❀ Perokok
❀ Banduan
❀ Individu berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 40 tahun dan 60 tahun hingga 80 tahun
❀ Kerap berada di tempat sesak
❀ Berurusan atau berhampiran dengan mereka yang tidak sihat
❀ Pendatang asing.

Kaedah cegah

❀ Jalani pemeriksaan kesihatan dengan pakar berkaitan penyakit tibi dengan segera apabila mengalami simptom
❀ Gunakan topeng mulut dan hidung apabila berada di kawasan awam terutama apabila anda mengalami batuk atau selsema
❀ Doktor di klinik awam perlu memahami serta mempunyai kemahiran mengesan simptom sebenar tibi dan menasihatkan pesakit bertemu pakar.




Petikan : BHarian 24/12/2011

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Disember 21, 2011

Pokok nona ada khasiat ubatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nona nona zaman sekarang, tak boleh ditegur, tak boleh dilarang... Eh... silap nona daaa... Bukan nona cik adik manis yang hendak diketengahkan, tetapi buah nona yang manis. Tidak kiralah sama ada pokok ataupun buahnya, nona atau nama botaninya Annona Reticulata L secara umumnya dikelaskan sebagai spesies paling ‘buruk’ di kalangan genus sekelasnya.

Ðikenali juga sebagai nona serikaya, ia juga dikenali dengan nama Bullock’s Heart (Inggeris), Mulwo/Binao/Manowo/Serikoyo (Indonesia), Noi Nong (Thailand), Sarikaya (Filipina), Ramphal (India), Coeur de Boeuf (Perancis), Coracao de Boi (Portugis) dan Kanowa (Jawa), nona dikatakan berasal dari India Barat dan Amerika Selatan. Tanaman yang tergolong dalam keluarga annonaceae ini merupakan pokok yang mempunyai ketinggian dari tiga hingga tujuh meter.

buah nona di pokok

Pokok nona mempunyai batang yang tingginya sekitar 3-7 meter. Semua bahagian pokoknya mempunyai bau yang kuat apabila ia diramas, terluka atau lebam. Bentuk daunnya bujur memanjang dan agak lembik di hujung tepinya. Manakala bunganya dalam karangan yang pendek. Kelopak daun sewaktu kuncup tersusun secara tertutup dan bersatu pada pangkalnya. Bahagian bawah bunga meninggi, mempunyai banyak benang sari dan berwarna putih. Penghubung ruang sari di atas ruang sari melebar dan menutup ruangnya.

Putik buahnya banyak. Kepala putik boleh dikatakan seakan duduk. Buahnya majmuk dan lebih kurang berbentuk bola. Anak buahnya khusus dengan hujung mendatar, juga pada waktu masak masih berhubungan. Saiz buahnya pelbagai. Ada yang berbentuk simetri kepada bentuk hati, bujur atau sfera, saiznya berukuran daripada 5 hingga 12 sentimeter. Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit berwarna hijau dan merah. Rasa buahnya manis dan sedap. Biji buah nona amat keras dan jika tertelan tidak akan memberikan kesan sakit tetapi bahagian isi rong biji ini mengandungi racun.


buah nona ~ closed up ~

Bijinya pula berwarna coklat kehitaman. Isi buah berwarna putih dan seakan kotor. Bahagian yang banyak digunakan adalah biji, buah muda dan daun. Bijinya dikatakan mengandungi khasiat insektisida. Manakala daunnya pula dikatakan mengandungi khasiat anti inflamasi dan antelmintik. Sifat khas tanaman ini ialah kelat dan beracun. Kulit kayu pokok mengandungi kira-kira 0.12% anonaine.

Getah daripada dahan yang dipotong mengandungi akrid dan boleh menyebabkan keradangan dan boleh memberi kecederaan teruk pada mata. Kulit akar kayu pula dikatakan mengeluarkan tiga alkaloid iaitu anonaine, liriodenine dan reticuline.

Rendah lemak

Buah nona dikatakan rendah dalam lemak tidak tepu, tidak mempunyai kolesterol, rendah kandungan sodium, tiada ada gula, tinggi dalam potassium, tinggi dalam vitamin B6 dan amat tinggi dalam vitamin seperti vitamin C serta mengandungi kalsium dan fosforus. Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.


nona hijau dan nona merah


isi buah nona berwarna hijau


isi buah nona berwarna merah

Ði India, buah nona dikatakan hanya dimakan oleh kelas bawahan manakala di Amerika Tengah, Mexico dan Hindia Barat, buah nona adalah buah yang paling digemari untuk dimakan. Apabila buah ini masak sepenuhnya, ia amat lembut untuk dipegang dan batang dan juga bahagian dalamnya lebih mudah dikeluarkan. Isinya boleh dimakan dengan cara mencedoknya dengan sudu, seperti mana kita memakan buah avokado dan kiwi. Selalunya isi buahnya dihancurkan dan ditambahkan dengan susu kocak ataupun air krim.

Legakan diarrea dan disentri

Selain itu, setiap bahagian pokok nona ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat alternatif. Air rebusan daun dikatakan boleh digunakan sebagai ubat untuk menghapuskan cacing terutamanya yang terdapat di dalam usus. Ðaun yang telah dihancurkan pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat tampal pada bisul dan juga ulser. Ðaunnya juga dikatakan boleh dijadikan penawar bagi merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit, radang usus (najis berdarah), masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selesema.

Buah yang belum masak pula dikatakan kaya dengan tannin, jika dikeringkan boleh diguanakan sebagai ubat menentang diarrea dan disenteri.

Kulit pokok nona pula dikatakan mempunyai sifat astringen dan air rebusannya yang diambil sebagai tonik juga dikatakan mempunyai khasiat untuk mengubat diarrea dan disenteri. Caranya ialah dengan mengambil sedikit kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Ðalam kes yang teruk, daun, kulit kayu dan buah hijau dikatakan boleh direbus bersama selama lima minit dalam seliter air dan dijadikan sebagai air rebusan yang berkhasiat.

Akar kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat tampal di sekeliling gusi untuk melegakan sakit gigi. Biji buahnya beserta daun pokok nona dikatakan boleh ditumbuk bagi mengatasi masalah sakit sendi dan dijadikan sebagai ubat untuk membunuh kutu kepala. Walau bagaimanapun, bijinya mempunyai kesan toksik dan tidak boleh dimakan.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok nona, namun perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya, bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Sumber : Misteri Alam, Pertanianmjg.perak.gov.my, Ms.Wikipedia, pkukmweb.ukm.my dan cepp.utm.

Capaian entry berkaitan :

Khasiat manggis
Nangka
Khasiat jagung
Khasiat koko
Khasiat nenas
Khasiat limau gedang

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Disember 15, 2011

Ereksi petunjuk kesihatan

PASANGAN yang memiliki kualiti ereksi berasa lebih gembira dan yakin. - Gambar hiasan


SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.

Menurut Dr. Ong Teng Aik, darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat. Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.

Pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah. Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.

Tahap

Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk. Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.

“Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar. Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung.

Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima.

ZAKAR akan menegang jika kedua-dua tisu korpus kavernosum dipenuhi darah.

Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual.

Menurut Dr. Ong Teng Aik, biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.

Jelas sekali bahawa ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi. Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan.

Dalam pada itu, Pensyarah Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Low Wah Yun berkata, tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan. Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.

Menurut Dr. Low Wah Yun, sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi. Sebanyak 93% lelaki dan 83% wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual dan usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar.

Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi. Menurut Dr. Low Wah Yun, tidak kisah tua atau muda, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar.




Petikan : Kosmo!

Butiran selanjutnya ...

Banyak bertanya


Seorang lelaki dikenali sebagai seorang yang amat suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Mungkin dia merasakan itu hanya sekadar untuk bersuka-suka atau ‘saja-saja’. Namun tanpa disedari, sikapnya itu menimbulkan banyak masalah dalam kalangan penduduk setempat. Ðan lebih berbahaya lagi, apabila soalan-soalannya menyentuh soal-soal keimanan.

Satu hari dia bertanya kepada kawan-kawannya, “Kau rasa betul ke neraka itu tempat seksa yang paling dahsyat?”

“Memang dahsyat. Sangat panas. Api neraka berganda-ganda lebih panas daripada api dunia. Kenapa kau tanyakan begitu?”

“Syaitan dibuat daripada apa?” tanyanya lagi.

“Eh, tentulah daripada api!” jawab kawan-kawannya.

“Neraka pula?” tanyanya lagi.

“Neraka pun daripada api!” jawab kawan-kawannya pula.

“Itulah persoalannya. Syaitan akan dimasukkan ke neraka. Ðia daripada api, neraka juga daripada api... Kalau demikian, apalah sakitnya, apalah seksanya?” simpul lelaki itu sambil mencemik.

Kawan-kawannya mula berfikir. Betul juga, terlintas begitu dalam hati mereka.

“Apa kata kita jumpa Tok Imam untuk mendapatkan penjelasan,” cadang seorang daripada mereka.

“Aku rasa Tok Imam pun tak akan dapat menjawabnya,” kata pemuda itu.

Mereka berjumpa Tok Imam dan mengajukan soalan itu. Sejurus kemudian, Tok Imam mengambil ketul-ketul tanah dan membaling pemuda itu. Tok Imam terus membaling sehingga muka dan badan pemuda itu bengkak-bengkak. Tidak tahan dia pun lari.

“Jangan lari. Jangan lari.”

“Inikah sikap Tok Imam? Saya bertanya soala, sebaliknya dibaling dengan ketul tanah!”

“Itulah jawapan saya. Saya membaling kamu dengan tanah, sepatutnya tak sakit. Kamu dicipta daripada tanah dan saya baling kamu dengan tanah, apalah sakitnya...”

“Oh sakit tuan. Habis badan saya bengkak-bengkak...”

“Itulah yang akan dialami oleh syaitan di dalam api neraka nanti!”

“Ya, ya. Saya faham. Jangan baling lagi.”

Pengajaran : Sekali-sekala orang yang degil perlu diajar dengan cara yang keras dan tegas. Kekadang jawapan dalam bentuk tindakan... walaupun ada masanya sangat pahit, tetapi itu lebih berkesan.




Sumber : Solusi Isu # 19

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Disember 14, 2011

Tampil menggoda di mata suami


Bukan sedikit para isteri yang bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, oleh kerana itulah, mereka sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.

Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami. Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja.

Berikut disenaraikan beberapa cara yang boleh anda lakukan...

Rambut terurus

Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang seperti 'Kak Limah', sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.

Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.

Bibir merah menggoda

Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.

Pamerkan kulit

Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.

Bayangan menggiurkan

Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.

Tukar gaya

Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.

Pelihara organ intim

Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.




Sumber : MW#1428

Butiran selanjutnya ...

Peguam syarie penentu kelancaran kes syariah

PEGUAM syarie perlu berilmu bagi memastikan kelancaran kes. - Gambar hiasan


Mahkamah perlu dilihat sebagai institusi berintegriti, mampu kembalikan keyakinan ummah

TAHUN ini menyaksikan beberapa bangunan Mahkamah Syariah dirasmikan di seluruh negara. Pada 28 Jun lalu, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, berkenan merasmikan Bangunan Mahkamah Syariah Tapah yang konsep dan idea luaran bangunan menyerupai Istana Kuning, Bukit Chandan.

Dalam titah perasmian, Raja Nazrin berkata, Mahkamah Syariah perlu cekap mengendalikan kes yang dibawa untuk mendapat pengadilan, termasuk tidak melayan kerenah menangguhkan kes secara sengaja kerana tindakan itu boleh menidakkan terlaksananya keadilan.

Hakim, pegawai mahkamah dan peguam syarie perlu bekerjasama secara kolektif bagi memastikan prosiding mahkamah dapat berjalan lancar dan kes dibicarakan dapat diselesaikan segera.

Pada 25 November lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyeru pegawai Mahkamah Syariah khususnya hakim syarie supaya bersedia berhadapan cabaran besar dengan melengkapkan diri dalam pelbagai disiplin ilmu.

Baginda yang bertitah ketika Majlis Perasmian Bangunan Baru Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) di Shah Alam, berkata, kes di Mahkamah Syariah kini bukan membabitkan kes perceraian, juga tuntutan harta bernilai jutaan ringgit dan kes mencabar sensitiviti masyarakat.

Baginda bertitah supaya semua pihak terutama peguam syarie, pendakwa syarie dan pihak yang bertikai perlu membantu mahkamah dengan membentangkan fakta sebenar supaya keadilan dapat ditegakkan.

Mahkamah Syariah perlu dilihat sebagai sebuah institusi yang berintegriti dan berkualiti tinggi kerana ini penting dalam usaha membina keyakinan serta kepercayaan masyarakat terhadap Mahkamah Syariah. Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang menelan belanja RM96 juta di Jalan Hartamas, berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan Masjid Wilayah Persekutuan, yang juga Mahkamah Syariah terbesar di Malaysia menjadi bukti keunggulan perundangan syariah negara.

Oleh itu, peguam syarie sebagai sahabat mahkamah juga perlu diberi pengiktirafan dan tidak dipinggirkan dalam bangunan mahkamah yang tersergam indah itu. Seperti mana di Mahkamah Sivil, bilik rehat yang selesa untuk peguam syarie sepatutnya disediakan di bangunan mahkamah.

Selain itu, sudah tiba masanya diadakan peraturan atau arahan mewajibkan pihak yang memfailkan kes di Mahkamah Syariah, terutama di Mahkamah Tinggi Syariah melantik peguam syarie sama ada swasta atau kerajaan, supaya tuntutan atau permohonan ke mahkamah dibuat mengikut prosedur.

Langkah itu juga bagi memastikan perbicaraan kes berjalan lancar dan dapat diselesaikan dengan cepat. Peguam syarie sebenarnya membantu mahkamah mengendalikan kes dengan baik dan berkesan, supaya hakim dapat menghukum dengan adil, tepat dan cepat.

Ketidakfahaman segelintir suami isteri membuat tuntutan adalah faktor utama menyebabkan sebilangan kes di Mahkamah Syariah tertangguh begitu lama. Kadang-kadang mereka tidak faham apa permohonan yang hendak dibuat semasa kes didaftarkan.

Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Melaka menunjukkan sebanyak 24.2% kes tertangguh bagi 2006 hingga 2009, berpunca daripada pihak yang bertikai tidak hadir ke mahkamah atau tidak bersedia pada tarikh pendengaran ditetapkan dan 12.65% disebabkan dokumen tidak lengkap.

Pada masa sama, peguam syarie juga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan memperbaiki akhlak serta budi pekerti mulia seperti dituntut hukum syarak. Peguam syarie yang kurang ilmu pengetahuan syariah dan undang-undang semasa tidak akan membantu hakim menegakkan keadilan. Peguam syarie yang tidak berakhlak dan tidak amanah bukan saja akan menyusahkan anak guam, tetapi juga menjadi halangan untuk membantu mahkamah menghukum dengan adil, tepat, cepat dan berkesan.

Adanya bangunan baru dan kemudahan diberikan, diharap peguam syarie dapat memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan perbicaraan dijalankan dengan berkesan seterusnya mengurangkan jumlah kes tertunggak.

Sumber : Peguam Syarie, Musa Awang di BHarian 14/12/2011

Butiran selanjutnya ...

Ubi garut


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ubi garut adalah sejenis ubi yang boleh dimakan isinya setelah direbus atau dipanggang. Ðikenali dengan nama botaninya maranta arundinacea, tanaman ini merupakan pokok herba tumbuh berumpun yang berasal dari kawasan tropika Amerika Selatan. Tetapi kini ia banyak ditanam di serata negara beriklim tropika dan juga bukan tropika.

Ðikenali juga dengan nama Arrowroot, tanaman ini merupakan tanaman asli di Hindia Barat dan masyarakat peribuminya menggunakan serbuknya sebagai bahan untuk mengeluarkan toksin daripada mereka yang luka akibat racun anak panah. Malah dikatakan, nama Arrowroot diperolehi daripada amalan tersebut.

Ubi garut memiliki rizom berubi berbentuk bulat dan mempunyai runcing di hujung ubi. Ubinya pula diliputi pelepah kering. Terdapat pelbagai jenis kultivar dengan warna daun hijau, hijau berjalur putih, ungu atau coklat dan ubi berwarna putih atau kemerah-merahan. Saiz dan bentuk ubinya berlainan. Ubi garut juga dikenali sebagai ubi bemban, ubi larut, ubi sagu, sagu betawi dan juga ubi sagu belanda.





pokok ubi garut (maranta arundinacea)

Ðaun ubi garut tersusun berselang-seli, bujur telur, memanjang atau mata seperti lembing. Ðaunnya tirus di hujung dan bulat di pangkal daun. Pangkal tangkainya berpelepah. Bunga ubi garutberwarna putih, berbentuk tiub, condong ke tanah, tersusun di jambak kecil dan mempunyai lima kelopak. Buahnya adalah kapsul tiga segi dan memiliki biji merah jambu, kasar dan isi di luar biji berwarna kuning.

ubi garut di akar pokok

Banyak kegunaan ubi garut. Ubi yang telah dijadikan serbuk tepung boleh digunakan dalam menghasilkan bedak, gam dan sabun. Tepung ubi garut seperti tepung kanji dan boleh juga digunakan untuk memekatkan sup, soso, puding, makananm gula-gula, manisan dan aiskrim. Ubi segar mengandungi kanji, protein, lemak, fiber, gula, bahan pahit dan resin. Kanjinya pula mengandungi amilosa dan banyak kalium.

Ubi garut juga turut mengandungi fitokimia seperti beta karoten, niasin, thiamin dan riboflavin. Kandungan ubatan dalam ubi garut juga dikatakan mampu bertindak sebagai anti radang, anti diarea, demulsen (agen pelega yang melindungi membrane mukus dan melegakan iritasi) dan penyejuk.



ubi garut ~ closed up ~

Kanji dalam ubi yang matang boleh dijadikan makanan berkhasiat tinggi kepada kanak-kanak dan orang tua yang berada dalam proses penyembuhan daripada penyakit serta mereka yang mengalami masalah gastroenteritis.

Rawat masalah usus dan perut

Selain kegunaan yang telah disebutkan tadi, ubi garut juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Ubi garut yang telah direbus boleh diminum untuk merawat penyakit dalam salur air kecil dan masalah perut dan usus.

Bagi mengatasi masalah pelawasan pembuangan air kecil, dikatakan air rebusan ubi garut yang telah dicampurkan dengan gula boleh diminum untuk tujuan tersebut. Air rebusan ubi garut sahaja turut disebut boleh digunakan sebagai losyen mencuci mata.

Ubi segar pula dikatakan boleh dimakan mentah untuk merawat masalah pundi dan saluran kencing. Bagi mereka yang terkena panah beracun, luka dan juga ulser, mereka boleh menampal ubi segar yang telah dihancurkan pada bahagian luka yang terlibat.

Ubi garut yang telah dijadikan serbuk tepung pula boleh dicampurkan air dan gula sebelum diminum untuk merawat penyakit disenteri atau jangkitan trek usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk.

Penawar sengatan serangga berbisa

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit yang sakit akibat terlalu lama terdedah sinaran matahari, bintik-bintik merah pada kulit yang timbul akibat demam, penyakit kulit dan sengatan tebuan, mereka boleh menyapu tepung ubi garut pada bahagian kulit yang bermasalah tadi.

Akar ubi garut juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Akar yang telah ditumbuk lumat-lumat boleh ditampal pada luka, bekas sengatan dan patukan haiwan berbisa. Akar yang telah ditumbuk lumat-lumat ini juga boleh ditelan sebagai penawar bisa dalam makanan atau minuman.

Menghilangkan parut cacar dan rasa miang

Ðikongsikan info yang dipetik dari PetuaSejagat. Langkah yang perlu dilakukan dengan mengambil isi ubi garut dan bersihkan ia terlebih dulu. Kemudian parutkan isi ubi garut dan perahkannya sehinggalah mengeluarkan air. Gunakan air tersebut untuk menyapu pada bahagian parut serta kawasan badan yang terasa miang.

Khasiat makanan

Ubi garut boleh direbus atau dipanggang dan dimakan isinya. Kanji dalam ubi yang matang ialah makanan bernutrisi tinggi kepada orang yang lemah. Kanji diekstrak keluar dari ubi dan dijual sebagai makanan yang berkhasiat kepada orang tua atau lemah. Tepung kanji ubi garut bernilai lebih tinggi berbanding tepung kanji tumbuhan lain. Tepung ubi garut juga digunakan untuk memekatkan sup, sos, puding, makanan, gula-gula, manisan dan aiskrim.

Kegunaan lain

Tepung ubi garut digunakan dalam menghasilkan bedak, gam dan sabun. Hampas dalam proses mengeluarkan kanjinya digunakan sebagai makanan haiwan ternakan ataupun baja hijau, menghasilkan kertas, kadbod, kusyen dan kertas dinding. Daunnya digunakan untuk membungkus makanan (seperti daun pisang).

Walaupun ubi garut boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kegunaan lain, namun begitu cecair atau isi daun dan batangnya boleh menyebabkan gatal-gatal atau radang kulit terutamanya kepada jenis kulit yang sensitif. Oleh itu dapatkanlah nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.




Rujukan : MW#1412

Capaian entry berkaitan :
Khasiat kunyit
Ubi bit aktifkan sel darah merah
Khasiat betik
Beri Acai (Acai Berry)
Buah-buahan dan khasiatnya
Khasiat mustard
Bunga Kantan
Edamame - kacang soya hijau baik untuk jantung

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails