“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Februari 01, 2008

Tips melayan isteri


Jalan-jalan waktu petang ni, tertarik saya dengan nukilan Abu Naqibah. Semoga ada manafaatnya.

Satu point tambahan dari saya:

Urutlah isteri anda jika dia kelihatan kepenatan. Perempuan ni pinggangnya selalu sakit tiap-tiap bulan. Urutan suami mungkinnya sedikit sebanyak dapat meringankan PMS yang dideritai isteri setiap bulan...


¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Assalamualaikum warahmatullah...

Sebenarnya dah lama saya nak tulis tentang tips melayan isteri. Tapi...Saya tak yakin. Sebab takut ada yang fikir lain. Tapi, saya nak cadangkan kepada kengkawan lelaki cubalah apa yang saya amalkan. Yang perempuan, boleh beri komen kalau² mereka setuju atau ada yang tidak disukai.

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium....

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you... Kalau nak cakap "Abang cintakan Ayang" pun boleh tapi... Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah...

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula...

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadaan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tapi ini apa yang saya amalkan. Percayalah, disebabkan saya selalu amalkan ini, ia dah menjadi kebiasaan. Kalau atas satu sebab saya bermasam muka dengan isteri saya,insya-Allah takkan lama. Pada malam harinya kami akan sama² rasa kesepian. Dan akhirnya kami akan berbaik semula.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. Tapi... curahan kasih sayang sebegini buatkan saya rasa kesempurnaan dalam berumahtangga. macam saya yang kerja offshore, bila tidur di pelantar ni tanpa isteri, memang terasa sunyi sangat.
Itulah yang membuahkan perasaan rindu dan teringin sangat nak balik cepat. Nak jumpa isteri secepat mungkin. Bukan sebab nak 'hangatkan tubuh' tapi suasana tu yang penting.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang. Tapi... Ini apa yang saya rasalah.

Satu perkara lagi yang saya selalu buat, sebelum tidur saya muhasabah hubungan kami berdua. Kalau di siangnya saya ada memarahinya, saya akan jelaskan kenapa dan minta maaf, jika perlu. Kalau dia ada buat apa² yang menyakitkan hati saya, masa itulah saya akan terangkan apa perasaan saya. Erm... Masa nak tidur... Mana ada tengking², ya tak? Dan selalu saya tanya dia menyesal tak kahwin dengan saya. Mengharungi kesusahan bersama dan melayan kerenah saya yang macam². Bukan apa... Setiap kali dia kata tidak, memang saya dapat rasakan perasaan kasih saya bertambah kepadanya...

Ini hanya pendapat peribadi saya. Ini apa yang saya amalkan selama ini.Sekadar ingin berkongsi. Mana tahu, kalau² perkara ni berguna... Kalau rasa meluat, harap sudi maafkan saya...

Wassalamualaikum warahmatullah. ..

-Abu Naqibah-
http://abunaqibah.blogspot.com

1 ulasan:

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails