“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Februari 02, 2008

Tips suami menghargai isterinya yang bekerja

Bagaimana anda sebagai seorang suami menghargai isteri anda yang bekerja membantu kewangan keluarga? Adakah setiap bulan bila dapat gaji... ungkapan seperti, "terima kasih yang sbb tolong abang bayar loan kereta, loan rumah... etc....", atau anda berikan isteri anda bunga/coklat?

Tentu ada yang mengatakan cara seperti di atas adalah cara yang sudah lapuk atau ketinggalan zaman, sebab bila dibelikan bunga, bunga layu masuk tong sampah... dan coklat pula akan habis bila dimakan.

Jadi, apakan cara atau bagaimana anda menghargai isteri yang bekerja?

Ramai isteri menderita jiwa dan tidak kurang yang berasa tertekan kerana suami yang tidak tahu/mahu atau buat-buat tak tahu pengorbanan isteri, padahal tanggungjawap menanggung isteri dan anak-anak terletak di bahu suami. Ada sesetengah suami tidak langsung menghargai isterinya, umpama sudah diberi betis nak peha pulak, mengambil kesempatan atas pendapatan isteri secara senyap-senyap (kebanyakan isteri takkan perasan).

Perasaan isteri yang tertekan ini jika dibiarkan, lama-kelamaan boleh menyebabkan si isteri mengalami masalah jiwa. Terlalu banyak kes keruntuhan rumahtangga disebabkan permasaalahan yang mula-mulanya dianggap remeh oleh sesetengah suami.

Oleh itu marilah kita kongsi sedikit-sebanyak tips/petua agar suami lebih peka kepada perasaan isteri masing-masing.
Jika ada yang ingin membuat sebarang tambahan, amatlah dialu-alukan.

Tips suami menghargai isterinya yang bekerja :

1. Cium dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti “I love you” sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Panjatkanlah doa agar Allah s.w.t. mengampunkan dosa isteri, memurahkan
rezeki, memberikan kesabaran dan kekuatan kepada isteri agar menjadi isteri yang solehah.

8. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

9. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

10. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

11. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

12. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

13. Maafkan kesalahan dan kesilapan isteri sebelum melelapkan mata untuk tidur pada setiap malam kerana kita tidak tahu bila ajal akan datang menjemput dan suami yang beriman tidak akan meninggalkan isterinya hidup dalam keadaan berdosa setiap masa.

14. Bantulah isteri menguruskan anak-anak dan ringan tulang membuat kerja rumah bagi mengurangkan beban kerja rumahtangga.

15. Biasakan bergilir mencuci gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri. Terdapat sebuah hadis yang menceitakan Rasulullah s.a.w. pernah meneguk air minuman daripada bekas yang digunakan oleh Aisyah r.a.

16. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

17. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

18. Sentiasa kenang pengorbanan dan susah payah isteri melahirkan anak dan dalamasa yang sama terpaksa keluar bekerja pula untuk membantu suami menyara keluarga.

19. Ucapkanlah kata-kata syukur pada Allah s.w.t. dan ucapkanlah terima kasih atau ucapan sayang kepada isteri. Jangan malu untuk memberitahu isteri yang anda tak mampu hendak membalas pemberiannya dan hanya Allah s.w.t. yang akan
membalasnya. Dalam masa yang sama, ingatkanlah isteri anda yang mungkin tidak dia sedari, jangan sekali-kali mengungkit pemberian atau pengorbanannya, jika sebaliknya sedekah dan amal jariahnya akan sia-sia sahaja.

20. Layanilah isteri anda dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

21. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

22. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

23. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

24. Jangan biarkan isteri anda rasa tersisih, tertekan atau rasa berseorangan dalam meringankan beban menanggung keluarga.

Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Semoga ikatan perkahwinan anda dan isteri bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails