“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Februari 05, 2008

Jangan perlekeh peranan bapa


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Keluarga adalah unit asas kepada masyarakat, negara dan umat manusia. Keluarga terbentuk melalui institusi perkahwinan di mana seharusnya wujud saling memahami dan sayang menyayangi di antara satu sama lain. Perkahwinan adalah proses mengatur kehidupan agar anak-anak yang lahir bakal menjadi generasi pelapis yang beriman dan kuat jati dirinya.

Ði sinilah bapa memainkan peranan yang besar dalam kehidupan berumahtangga. Sudahkah golongan bapa memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang? Keharmonian dalam perkahwinan mesti dipelopori dan diketuai oleh insan bernama bapa. Bapa hari ini bukan hanya bertanggungjawab memberi makan, pakai dan rumah kediaman semata-mata kepada ahli keluarga. Bapa perlu melindungi dan memelihara keimanan ahli keluarga supaya tidak hanyut dalam arus kehidupan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.

Ðalam keluarga nilai pelindung perlu ada bagi suami. Peranan bapa bukan lagi sekadar menyara keluarga, lebih dari itu bapa berperanan penting melindungi isteri, memberi kebahagiaan kepada keluarga dan kedamaian rumah tangga. Peranan ini perlu diperkasakan untuk membebaskan masyarakat daripada gejala tidak sihat dan maksiat. Jika seorang suami melihat isterinya sebagai sumber amanah, maka dia tahu dia akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak. Oleh itu dia tidak akan sewenang-wenangnya mengkhianati amanah itu.

Suasana rumah tangga akan menjadi aman damai. Isteri akan sentiasa berasa tenang, tenteram, berpuas hati dan menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga yang dibinanya. Apabila ibu bahagia kerana suaminya seorang yang bertanggungjawab, dia akan menjadi ibu yang baik kepada zuriat suami. Natijahnya, anak akan membesar dengan kasih sayang, tunjuk ajar dan bakal menjadi cerdik dan cemerlang. Maka lahirlah generasi pelapis yang ceria dan bahagia dan merupakan harta kepada keluarga dan negara.

Namun pada hari ini perangkaan menunjukkan ramai anak Melayu/Islam kita yang terjebak dengan bermacam-macam kegiatan yang kurang sihat, antaranya amalan merokok dan salah guna dadah. Yang berada di pusat serenti semakin ramai. Jumlah yang terbabit dalam jenayah juvana(remaja) juga meningkat. Tidak termasuk yang terlibat dengan bencana Aids/HIV dan mat rempit baik di bandar mahupun di luar bandar. Semua ini bukan lagi merupakan harta tetapi sebaliknya beban kepada keluarga dan negara. Negara akan kerugian berjuta-juta ringgit untuk mengatasi masalah ini.

Kajian ahli psikologi Barat mendapati corak pergaulan antara ibubapa dan anak memainkan peranan penting dalam penentuan corak hidup mereka. Remaja yang menghadapi masalah juvana didapati mempunyai ibu bapa yang gagal dalam membentuk nilai murni serta tidak tetap dalam memberi tunjuk ajar dan terlalu garang sewaktu menghukum kesalahan anak.

Secara semulajadinya naluri seorang ibu itu penuh dengan kasih sayang, kelembutan dan kesantunan, menjadi rujukan serta mempunyai hubungan yang baik dengan anak. Namun bapa akan sering dilihat sebagai kurang arif untuk bergaul serta kurang melibatkan diri dengan kegiatan anak. Sepatutnya bapa mewujudkan suasana mesra dengan anak sejak kecil lagi, bertanya khabar dan perkembangan anak agar ruang perhubungan sentiasa terbuka dan si anak tidak teragak-agak untuk meluahkan segala permasalahannya.

Sebaliknya jika bapa bersifat bengis dan kurang berhubung dengan anak, maka tidak hairanlah jika kita dapati si anak akan melakukan tingkah laku yang kurang menyenangkan untuk menarik perhatian ibu bapa. Tingkah laku itu akan berterusan hingga ke sekolah, menyebabkan kerja sekolah terganggu dan mereka juga agak sukar meyesuaikan diri dengan rakan sekelas membuatkan mereka terus terasing.

Mengadakan kegiatan berkumpulan seperti berkhemah amat baik untuk mengeratkan pertalian dengan anak. Juga tidak salah mencium dan memeluk anak-anak. Rasulullah SAW telah pun menunjukkan contoh yang jelas. Ðiriwayatkan oleh Aisyah : Pada suatu hari Rasululllah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra': "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata: "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."(maksud Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sebagai pemimpin dalam keluarga bapa harus berilmu dan berwibawa mendidik anak-anaknya. Nilai agama harus diterapkan dalam sesebuah rumahtangga kerana masalah remaja pada hari ini ialah masalah akhlaknya yang berpunca daripada nilai agama yang diabaikan. Sebaliknya sajian dari media elektronik menjadi santapan utama remaja. Ini diburukkan lagi dengan kawalan minimum atau tiada kawalan langsung dari ibubapa.

Pengawasan dalam hal ini penting kerana kebanyakan rancangan dari media menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menutup aurat serta cara hidup yang tidak berlandaskan agama. Remaja akan mengambil keputusan untuk mencontohi apa yang sering dihidangkan kepada mereka sebagai budaya kehidupan mereka. Ini terjadi apabila ibubapa dan masyarakat tidak mampu menyediakan mereka dengan pilihan yang lebih menarik.

Bapa yang prihatin akan sentiasa menjadikan pendidikan anak suatu keutamaan. Anak-anak perlu didedahkan dengan contoh yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik untuk diikuti dalam memimpin dan mengukuhkan institusi keluarga.(Surah AlAhzab, ayat 21). Bayangkan jika di rumah nilai agama menjadi pedoman. Anak didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama serta budaya memberi dan menjawab salam. Anak akan mengikut asuhan solat sebagai cara mengajar dirinya menghargai masa.

Oleh itu menjadi tanggungjawab para bapa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, termasuk penghayatan agama, keibubapaan selari dengan peredaran zaman untuk memimpin keluarga mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kepada bapalah sebenarnya contoh terbaik bagi anak lelaki yang suatu ketika nanti bakal menjadi bapa. Bapa dicontohi kerana keupayaannya sebagai suami dan pelindung ibu dan anak. Kegiatan seperti berkhemah, menonton perlawanan bola sepak di stadium dan solat berjemaah di masjid wajar dilakukan oleh bapa terutamanya bersama anak lelaki . Anak lelaki yang mendapat teladan yang baik dari bapanya akan membesar menjadi lelaki yang berperibadi seimbang dan bakal pula menjadi suami yang baik. Anak-anak dari bapa yang amanah kemungkinan juga menjadi anak yang soleh yang akan mendoakan kedua ibubapanya ketika mereka tiada kelak.



Sumber : Berita Harian, 14/08/2007

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails