“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Januari 27, 2010

Mulberry buah pelbagai guna

Pokok Mulberry

Assalamualaikum warahmatullah,

Pada suatu ketika, saya pernah dikirimkan tunas pokok Mulberry oleh sseorang rakan blogger, UMMU WAHEEDAH, malangnya tunas itu hidupnya tidak menjadi. Sudah lama diwar-warkan khasiat daun teh Mulberry tapi tiada kesempatan untuk membuat research, jadi entry ini telah 'pending' sekian lama. Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang kongsikan sedikit maklumat tentang pokok Mulberry ini. Sedikit search telah dibuat dan khasiat pokok Mulberry ini telah saya kumpulkan. Jangan lupa mencuba teh daun Mulberry ya! Boleh order di sini --> Teh Daun Mulberry.

Mulberry merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba, pokok mulberi yang ditanam di negara China adalah Mulberry putih. Pokok mulberi lain yang menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika.

Salah satu kegunaan bahagian pokok Mulberry, terutama daunnya adalah sebagai makanan utama ulat sutera. Maka disebabkan itulah jika di Malayasia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.




Buah Mulberry (closed up)

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Kuatkan sistem cerna dan serapan

Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. Disebabkan banyak khasiatnya, maka jus Mulberry telah dihasilkan secara komersial sebagai makanan kesihatan dan amat popular di China, Jepun dan Korea. Bukan itu sahaja, buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juka mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja boleh juga mengambil jus mulberi bagi menambahkan cecair badan dan menguatkan penglihatan.




Buah Mulberry lagi

Buah Mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut.

Ubat kebas tangan dan kaki

Daun Mulberry pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema.




Daun Mulberry

Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai unat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang kebas, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

Akar pokok Mulberry boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Capaian entry berkaitan :

  1. Teh Daun Mulberry

Capaian entry berkaitan di rakan blogger :

  1. http://bertanamlah.blogspot.com/2009/04/mulberi-ipoh.html




Penafian – Maklumat ini adalah untuk perkongsian ilmu sahaja dan bermaksud untuk pengetahuan am, artikel ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Kami dari Mulberry De Corp ingin mempelawa anda semua untuk hadir di Parenthood Expo 2011, Mid Valley pada 29hb-31hb Julai 2011.

    Kami juga masih mencari pengedar dan stokis di seluruh Malaysia tidak kira online atau offline.
    Bagi yang berminat dengan perniagaan kami boleh terus hubungi saya 017-3167987 (En Zul) atau 012-2929525( Razia)

    Sebagai sokongan terhadat tuan dan puan kami akan menyokong apa sahaja blog2 yang berkenaan Mulberry ini.

    http://www.facebook.com/event.php?eid=184841514885940

    BalasPadam
  2. salam ziarah.. saya ada buat entri pasal pokok mulberry dan buat pautan (link) ke sini.. harap bawang ok.. terima kasih byk2 ye..

    BalasPadam
  3. Salam Yanti,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi juga...

    BalasPadam
  4. terima kasih banyak2 atas segala info..saya baru mula bertanam malberi di sekitar rmh. banyak sungguh khasiat dan kegunaan nya.apa yg saya rasa kurang yakin sedikit ialah getah pokok ini adakah ianya mudarat? slps saya beri makan daun yg baru di petik kpd anak arnab, arnab tsb menggelupur dan terus jd lembek,mujur cpt2 saya berikan air zam zam dan ianya pulih.
    oleh itu, daun malberi yg di buat sbg teh adakah ianya tidak mudarat kpd kita.terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, tidak memudaratkan. Saya sendiri pernah mengambil Teh Daun Mulberry De Corp. untuk menggalakkan air susu ibu.

      Padam
    2. Perlu dijemur dahulu di bwh pans terik matahari supya getah dapat hilang. Saya pernah terjumpa satu artikel berkenaan seorg yg rebus daun fresh mulberry.... dia telh mengalami beberapa simptonkesan daripd getah mulberry tersebut.... sekadr utk berkongsi apa yg pernh sy bc...

      Padam
  5. salam..sy nak tanye di mana boleh dapat kan benih pokok mulberry ni ye? tq

    BalasPadam
  6. Salam. Nurul share link ni kat blog Nurul. http://nurulhidayahdiary.blogspot.com/2014/01/mulberi.html untuk khasiat Mulberi.
    Semoga sukses selalu :)

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails