“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, September 15, 2011

Bunga Kantan


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam segmen FloraFauna. Hari ini Laman-Seri akan kongsikan satu lagi herba yang agak popular dan mudah dijumpai iaitu bunga kantan.

Bunga kantan adalah antara salah satu bahan penyedap dalam masakan terutamanya untuk hidangan laksa, asam pedas dan nasi kerabu. Tujuan utama bunga kantan dimasukkan ke dalam masakan ialah untuk membangkitkan bau dan rasa masakan tersebut. Bagi suku kaum Mandailing, bunga kantan menjadi ramuan terpenting untuk masakan pucuk ubi tumbuk yang digoreng bersama serai racik, ikan bilis dan terung rembang.





Selain sebagai penyedap rasa masakan, bunganya juga popular sebagai bungaan keratin, terutamanya hybrid yang mempunyai bunga merah, putih dan merah jingga untuk seni susunan bunga atau ikebana yang berasal dari Jepun.

Kegunaan lain yang tidak melibatkan masakan ialah sebagai pokok hiasan atau pokok pagar. Pakcik BG menanam pokok kantan di sepanjang perjalanan dari pintu pagar hingga ke porch rumahnya. Selain daripada cantik dipandang mata, bunga kantan mengeluarkan bau (walaupun tidak terlalu kuat) yang sangat mendamaikan deria bau kita.

Diklasifikasikan sebagai rempah atau perasa dalam masakan, kantan atau nama saintifiknya phaecomeria speciosa boleh didapati tumbuh meliar atau ditanam di kawasan-kawasan beriklim tropika. Nama botani yang sinonim bagi kantan termasuklah nicolia speciosa, alpinia elatior dan alpinia magnifica. Bunga kantan juga dikenal sebagai Torch Ginger, Ginger Flower, Red Ginger Lily, Torch Lily, Wild Ginger, Combrang, Kecombrang atau honje (Indonesia), Bunga Siantan, Philippine Wax Flower, Xiang Bao Jiaing, Indonesian Tall Ginger, Boca de Dragón, Rose de Porcelaine, Porcelain Rose.

Pokok kantan merupakan sejenis pokok saka herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membaik dan merimbun berkelompok. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sederhana kira-kira empat hingga lima meter. Pokok kantan memerlukan tanah yang lembap dan subur iaitu yang mengandungi banyak humus. Ia hidup subur di kawasan-kawasan teduh. Oleh itu ia memerlukan sedikit lindungan, biasanya daripada pokok-pokok yang berhampiran.







Batangnya bulat, manakala daunnya panjang sederhana besar dan berwarna kehijauan. Terdapat dua jenis sulur yang akan mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun. Di pangkal tumbuhan ini, pucuk-pucuk kecil dihasilkan yang pada mulanya kelihatan seperti daun biasa tetapi lama-kelamaan berubah warna menjadi merah jambu di bahagian hujungnya. Pucuk-pucuk ini, yang hanya tumbuh sepanjang satu kaki perlahan-lahan mendedahkan kelopak berwarna merah jambu yang berisi dan tebal seakan-akan sekuntum bunga.

Bunga kantan yang berwarna merah jambu

Bunga kantan mempunyai aroma yang kuat. Rasa bunga ini segar dan pedas. Bunga kantan adalah dari keluarga halia dan mengeluarkan pucuk hijau dari rizom besar seperti halia. Bunganya tumbuh berasingan daripada daunnya. Pada setiap batang, hanya sekuntum bunga sahaja dapat dikeluarkan. Bunga berwarna merah jambu ini banyak digunakan sebagai gubahan hiasan manakala tunas bunga kantan pula dijadikan bahan memasak.

Hilangkan bau badan wanita lepas bersalin

Bunga kantan mengandungi khasiat yang agak sederhana. Dalam setiap 100g (gram) bahagian yang boleh dimakan mengandung air 89.2g, protein 1.6g, lemak 1.3g, karbohidrat 5.5g, serat 1.4g, kalsium 55mg, fosforus 11mg, ferum 3.4mg, natrium 11mg, kalium 453mg, vitamin B1 0.02mg, niasin 0.2mg dan vitamin C 14mg. Tumbuhan ini juga banyak mengandungi bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.

Sungguhpun bunga kantan banyak digunakan untuk tujuan masakan, namun ia dikatakan turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bunga pokok kantan ini boleh digunakan untuk tujuan mengawet muda. Pokoknya juga dikatakan boleh menghilangkan bau badan terutama bagi wanita yang baru lepas bersalin. Caranya ialah dengan mengambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih dan apabila air ini telah sejuk, gunakan sebagai air mandian.

Biji pokok kantan pula dikatakan boleh digunakan sebagai penambah selera makan serta menghilangkan rasa kurang bermaya. Caranya ialah dengan menumbuk biji pokok kantan ini sehingga lumat. Tos biji untuk mendapatkan airnya. Kemudian campurkan dengan segelas air suam. Minumlah air ini pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali.

Air pencuci luka badan

Bagi mereka yang mengalami masalah sakit telinga, bunga kantan dikatakan boleh digunakan untuk menghilangkan masalah ini. Caranya ialah dengan merebus buah kantan selama beberapa minit. Selepas airnya disejukkan, titikkan air tersebut ke dalam telinga.

Dikatakan jika diamalkan selalu, bukan sahaja setakat melegakan kesakitan akibat bengkak, malah mampu mengatasi masalah telinga berair. Buah kantan juga dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi menghilangkan lendir dan kahak pada tekak.

Selain itu, buah kantan juga dikatakan mampu digunakan untuk menguatkan tenaga batin bagi lelaki. Dikatakan buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya dan pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya kerana tanpa sukatan yang betul badan anda akan terasa kepanasan dan mungkin menimbulkan masalah lain.

Daun pokok kantan turut mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi mereka yang mengalami luka di badan, bolehlah merebus daun kantan. Air rebusan daun yang masih suam dikatakan boleh digunakan sebagai air pencuci luka dengan cara melumurkannya ke seluruh bahagian luka.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan pokok dan bunga kantan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat khidmat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.




Rujuk : MisteriAlam #1352, dan En.Wikipedia.

Capaian entry berkaitan :
* Khasiat kunyit
* Halba
* Buah pelaga
* Terung pipit
* Khasiat serai
* Khasiat jagung
* Khasiat bawang

1 ulasan:

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails