“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Oktober 02, 2011

Kaji filem seram rosakkan akidah

~ gambar hiasan penyemak belog ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aduhai... Pepandai jer David Teo kata “Filem hantu untuk hiburan selain mendidik penonton” ... tang mana yang dikatakan mendidik itu, entahlah. Watak ustaz dikatakan mendidik? Rasa-rasanya orang ramai akan lebih keliru dengan fungsi ustaz, mungkin nanti peranan uztaz akan difahamkan hanya sekadar ‘ghost busters’... Heh he.. Bueno!

Kaji filem seram rosakkan akidah

Boleh dikatakan hampir semua stesen penyiaran swasta mahupun kerajaan seperti berlumba-lumba menayangkan filem atau drama seram dan tahyul. Ia bagaikan satu trend yang mesti dilaksanakan, stesen yang tidak berbuat demikian dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Ia bukan saja tahyul Melayu tetapi meliputi tahyul Siam, Cina dan sebagainya yang langsung tidak memberi kesan kepada perkembangan pengetahuan dan mental terutama kepada kanak-kanak dan generasi muda.

Cerita seumpamanya hanya menimbulkan rasa seram dan ketakutan yang akan terbawa-bawa dalam kehidupan nyata. Akan wujud semula kepercayaan animisma yang takutkan hantu, pokok besar, batu besar dan sebagainya seperti kepercayaan yang sudah bersarang sekian lama dalam masyarakat kita.

Kepercayaan kepada tahyul mula berkurangan sejak awal 90-an, kecuali ada beberapa majalah yang masih memperbesarkan isu ini untuk melariskan jualan yang semakin merudum. Baiknya kanak-kanak masih tidak mampu membaca, maka kesan negatif lambat memberi impak. Tetapi apabila tahyul dan seram terus terpancar ke ruang tamu rumah melalui kaca peti televisyen kesannya begitu pantas menyerap dan meresap ke dalam minda kanak-kanak.

Fenomena ini jika tidak dikawal oleh pihak berkuasa terutama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, FINAS dan lain-lain agensi berkaitan termasuk golongan ulama, dikhuaturu impaknya pada masa akan datang ialah akan lahir generasi yang akan mempercayai suatu kuasa lain yang perlu ditakuti, selain kuasa Allah SWT.

Ini lebih malang kerana ia membabitkan soal akidah yang mungkin tidak disedari oleh golongan karyawan filem atau mereka memang terlepas pandang kerana masa itu masih jauh sedangkan keuntungan materialnya bertimbun depan mata.

Ehem... dalam entry Elak dapat dosa kering, sayugia dihighlightkan sekali lagi, berdasarkan firman Allah dalam ayat 2 surah al-Maidah yang bermaksud; Hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam kebajikan dan jangan bertolong-tolongan dalam perkara maksiat dan kejahatan, adakah kita akan menerima ‘saham’ dosa jika filem yang dihasilkan itu mendorong orang melakukan kejahatan? Jawapannya, apa sahaja yang kita lakukan akan dibalas oleh Allah, jika kita membuat kebaikan sebesar zarah sekalipun Allah akan membalasnya dengan kebaikan, begitu juga sebaliknya. Jika kita bercakap mengenai filem, semua orang ada ‘saham’. Daripada penulis skrip, juru kamera, pelakon, make up artis, juru lampu, editor, juru bunyi, pereka dan sampailah kepada hasilnya yang ditonton oleh penonton semuanya ada saham....

Elok sangatlah ulama dijemput memberi tazkirah kepada mereka yang berhajat menerbitkan filem atau drama yang akan memuatkan adegan yang berkaitan atau menyentuh soal akidah. Rujukan kepada golongan ini sangat penting untuk mengelak kekeliruan atau kontroversi apabila sesuatu kerja seni itu ditayangkan kepada masyarakat umum. Memelihara akidah dan iman adalah tanggungjawab semua pihak, termasuk golongan karyawan, ulama dan orang awam. Jika satu daripada golongan itu tersilap semua pihak akan berdepan risiko hukuman Allah SWT.

Kaji semua filem sosial keterlaluan yang meruntuhkan moral masyarakat

Bukan sahaja cerita seram dan tahyul sahaja yang tidak membina masyarakat produktif, tetapi cerita keruntuhan akhlak seperti lumba haram, pengedaran dan penyalahgunaan najis dadah serta kejatuhan akhlak masyarakat sekarang juga perlu dikawal dari penyiaran. Lambakan cerita tidak membina masyarakat ini mencerminkan masyarakat kita yang mundur serta boleh menyebabkan masyarakat terikut-ikut seperti berpenyakit sosial seperti yang ‘dididik’ dalam cerita berkenaan.

Bagi orang dewasa, cerita begini tidak mendatangkan masalah kerana sudah dapat membezakan baik buruknya. Tetapi apa pula nasib kanak-kanak yang dalam proses membesar. Sebagai contoh, filem ‘Cuti-cuti Cinta’ lakonan Farid Kamil dan Nora Danish, terdapat satu dialog yang berbunyi lebih kurang, “...tu apa? Nasi lemak 50 sen...” (sambil menunjukkan kepada payudara Nora). Kenapa tergamak menggunakan dialog sebegitu? Walaupun ia sekadar hiburan, tetapi berpada-padalah. Tidak mustahil ada anak-anak kecil yang akan menggunakan dialog sebegitu ketika bergurau dengan kawan-kawan.

Contoh yang tidak kurang buruknya ialah cerita yang berunsurkan seks seperti ‘Aku Masih Dara’ atau ‘Dua Alam’ atau ‘...Dalam Botol’. Remaja yang tidak pernah terdedah dengan perkara sebegitu, bila melihat iklan filem ini yang disiarkan sedikit sebanyak sudah merosakkan minda mereka dan mungkin membuatkan mereka berminat untuk mencuba.

Alangkah baiknya jika semua cerita yang berunsur seram dan sosial keterlaluan dapat disekat 100% dan bukannya hanya memberi keuntungan berratus ribu kepada segelintir manusia yang tidak pedulikan kesan buruk filemnya tetapi hanya fokus kepada keuntunga periuk nasinya sendiri semata-mata. Cerita-cerita sebegini sangat merosakkan minda kanak-kanak dan remaja.

Laman-Seri pernah highlight yang cerita seram ini hanya membawa keburukan daripada kebaikan. Entry Filem, drama seram dikhuatiri pesong akidah ditulis pada tahun 2009. Ramai juga bloggers lain yang menulis perkara yang sama. Sudah berjuta-juta duit dikutip untuk filem yang tidak berkualiti ini, sudah dua tahun bloggers bising-bising, barulah Majlis Fatwa hendak bertindak.

Tidak mengapalah, orang putih kata, better LATE then NEVER!




Majlis Fatwa rancang temui Perdana Menteri


Syaikh Ismail Muhamad

Lambakan filem, drama hantu dikhuatiri pesong akidah

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu yang cukup popular sekarang kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata majlis menggesa kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosi kepercayaan karut.

“Kami setuju perkara khurafat seperti ini patut dihapuskan. Kita kena bina pemikiran dan kerohanian masyarakat dengan perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Perkara ini juga sudah dibawa kepada pihak berwajib. Namun, mereka tidak peka dan kami bercadang berbincang dengan Perdana Menteri untuk menyuarakan hasrat mufti ini,” katanya kepada Berita Minggu ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamad Shukri yang juga Mufti Kelantan mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung berlakunya lambakan cerita hantu di negara ini yang mempromosi kepercayaan karut serta tidak membantu masyarakat menjadi produktif.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhamad, berkata umat Islam yang terlalu taksub dan mempercayai hantu atau makhluk selain Allah SWT, boleh menjadi syirik.

Mereka yang syirik adalah berdosa besar sehingga segala amalan baik yang dibuatnya sebelum ini akan terhapus begitu saja hinggalah mereka bertaubat. Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana,” katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Datuk Dr Maamor Osman menggesa tapisan menyeluruh yang lebih ketat patut dilakukan ke atas penerbitan dalam dan luar negara yang menolak konsep ketuhanan dan berlawanan dengan akidah serta norma masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Production Sdn Bhd, David Teo pula berkata, penerbitan filem hantu berbentuk khayalan dan hiburan semata-mata sama seperti filem kartun atau fiksyen.

“Filem hantu untuk hiburan selain mendidik penonton. Ia bukan mempromosi kisah tahyul, sebaliknya pada masa sama nilai agama menerusi watak ustaz yang berperanan mendidik penonton secara tidak langsung. Sebelum ditayangkan, filem itu juga perlu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk menentukan sama ada sesuai untuk tontonan umum atau tidak. Jika unsur tahyul yang ditayangkan keterlaluan, babak terbabit akan dipotong dan tidak ditayangkan di pawagam,” katanya.




Petikan : BHarian 02/10/2011

Capaian entry berkaitan :
* Filem hantu racun minda
* Part 1 : Genre filem seram lubuk emas penerbit
* Part 2 : Akidah terpesong jika percayakan al-Quran sekadar penghalau hantu
* Part 3 : Penonjolan watak 'hantu' dalam filem Melayu dianggap keterlaluan

1 ulasan:

  1. Syor had tayang filem seram di TV ~ BHarian 04/02/2011

    LPF akan kemuka cadangan gubal dasar untuk dikuatkuasa

    PUTRAJAYA: Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya filem genre seram tidak dibenarkan disiarkan secara berulang di semua stesen televisyen tempatan termasuk Astro dalam usaha menangani gejala penyuburan amalan kepercayaan tahyul di kalangan penonton.

    LPF yang memperakui cadangan itu akan mengemukakannya kepada kementerian berkaitan sebelum digubal sebagai dasar untuk dikuatkuasakan ke atas semua stesen televisyen tempatan.

    Pengerusi LPF, Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap, berkata cadangan itu dikemukakan oleh pihak industri perfileman dalam sesi perbincangan berkala di Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam sebagai reaksi kepada polemik filem seumpama itu menggalakkan kepercayaan karut dan tidak membina masyarakat produktif.

    “LPF tidak boleh menghalang penerbitan filem bercorak hantu dan seram kerana ia dikhuatiri menjejaskan perkembangan industri sebab itu kita akan memperakui cadangan itu supaya filem seram tidak diulang tayang di semua stesen televisyen termasuk Astro.

    “Jika ia dipersetujui kerajaan, filem berkenaan hanya akan disiarkan di pawagam, namun ia tertakluk kepada keputusan kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat LPF bersama Penerbit dan Pengarah Filem di sini, semalam.

    Raja Azhar berkata, rasional di sebalik cadangan itu ialah bagi membolehkan LPF menetapkan jenis penonton yang boleh menyaksikan filem terbabit, berbanding di stesen televisyen yang boleh disaksikan semua peringkat usia termasuk kanak-kanak.
    Ketika ini, LPF menetapkan tiga kategori pengkelasan filem iaitu kod ‘U’ bagi tontonan semua lapisan masyarakat tanpa had umur; PG13 untuk golongan yang berumur 13 tahun dan filem dalam label ini mengandungi unsur ganas atau seram.

    Kategori 18 pula untuk tontonan golongan berumur 18 tahun dan ke atas, mengandungi unsur-unsur ganas, seram dan seks yang tidak keterlaluan atau pun yang menyentuh aspek agama, sosial dan politik.

    Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, dilaporkan berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan filem ketika ini boleh mempromosikan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat produktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

    Mengulas lanjut, Raja Azhar berkata, pola penerbitan filem tahyul dan seram juga semakin meningkat sejak 2008 hingga tahun lalu, sebanyak 18 filem sudah diterbitkan, sekali gus membuktikan ia semakin mendapat tempat di kalangan penonton tempatan.

    Bagaimanapun, beliau menasihatkan penerbit dan pengarah filem supaya lebih kreatif dalam menghasilkan filem dan tidak terlalu bergantung kepada genre tahyul dan seram, khususnya jika skrip terbabit tidak mendapat kelulusan LPF dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails