“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, April 28, 2010

KTM perkenal koc khas untuk wanita


EMU 35 ~ gambar hiasan (sumber)



Assalamualaikum warahmatullah,

Pagi tadi, melangkah keluar dari komuter di Setia Jaya, saya baru terperasan banner PiNK color, ‘Wanita Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’. Wahh... Baguslah, sekarang sudah ada koc khas untuk wanita SAHAJA... muah muah muah...

Secara peribadi, sebagai pengguna komuter, koc wanita amat perlu bagi menjamin keselesaan, keselamatan dari segi islamik. Difahamkan, banyak aduan diterima di mana penumpang wanita di perkhidmatan KTMB dan LRT mengadu mereka diraba, dicabul dan diganggu dengan gangguan seksual semasa menggunakan perkhidmatan ini terutama di waktu puncak (peak). Biasalah, dalam keadaan bersesak-sesak, hadap-mengadap dan tergesel situ-sana-sini... agaknya ada la yang terasa gatal dan mulalah adegan mengambil kesempatan.

Alhamdulillah... Jazakallahu khairan... Jutaan terima kasih diucapkan kepada AP18 (Kulim Baharu) Tn Zulkifli Noordin atas cadangan beliau mewujudkan kemudahan sebegini untuk kaum wanita. Rujuk koc-wanita. Menurut sumber ini lagi, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah.

Wahhh, bagusnya... Jangan lupa, dengan adanya koc khas untuk wanita ini kita tidak lagi berhadapan dengan satu lagi perkara yang paling tidak kurang pentingnya, TiADA lagi ancaman bau busyuk terutama bila waktu puncak semasa pulang dari kerja!!! Hik.. hik...

Syabas juga untuk KTMB kerana perihatin dan bertimbang-rasa kepada pengguna wanita yang menjadi penyumbang utama kutipan bayaran tiket KTMB!

Berikut info yang dipetik dari BHarianOnLine Selasa 27/04/2010 :

Koc Komuter khusus untuk wanita bermula esok

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok.

Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter. Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang adalah koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.
Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - Bernama

Lagi info yang dipetik dari BHarianOnLine Selasa 28/04/2010 :

KTM perkenal koc khas untuk wanita

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter memperkenalkan koc khas untuk wanita mulai hari ini (28/04/2010) bertujuan memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki.

Gerabak berkenaan yang beroperasi sepanjang hari bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang berada di bahagian tengah komuter menggunakan tema ‘Wanita Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ dan dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu.

“Pelanggan akan dapat mengenali gerabak ini melalui pelekat khas dipamerkan di tingkap, pintu dan koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian gerabak wanita melalui kain rentang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan merah jambu,” menurut kenyataan dikeluarkan KTM Bhd, semalam.

Menurut kenyataan itu, pengguna wanita yang mewakili 60% pengguna KTM Komuter tidak diwajibkan menggunakan gerabak khas itu dan boleh memilih menggunakan gerabak biasa.


3 ulasan:

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails