“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Ogos 06, 2010

Melayu paling ramai hidap HIV/AIDS

Aduhaiiii.... Nampaknya MELAYU menjadi JUARA lagi dalam hal-hal negatif... Well done, Malays!


Menurut berita yang ditulis oleh Mohd. Rafie Azimi di UM 06/08/2010 :

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia, Datuk Dr. Faisal Ibrahim mendedahkan, daripada 63 penagih dadah yang dikesan setiap hari, 44 daripadanya Melayu.

Lebih menyedihkan katanya, daripada 9 kes HIV/AIDS yang dikesan, 6 daripadanya melibatkan individu Melayu dengan purata 3 kematian setiap hari.

“Fakta diperoleh daripada Kementerian Kesihatan. Bermula dengan cuma empat kes pada 1986, sebanyak 87,710 kes HIV dikesan sehingga penghujung 2009. Sebanyak 71.8% atau 62,975 daripada kes itu terdiri daripada individu Melayu diikuti Cina (14.6%) dan India (8%). Ia menunjukkan betapa serius gejala itu di kalangan masyarakat Melayu negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Seminar Menyambung Kasih Ilahi: HIV/AIDS Bersama Ditangani di Pusat Islam, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Faisal menambah, kajian dilakukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati 60% ibu hamil yang dijangkiti HIV menerima virus itu melalui suami.

“Masalahnya, mereka ini lama-kelamaan dijangkiti pula virus AIDS yang membawa maut. Hal ini menyebabkan kira-kira 6,000 kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah menjadi yatim piatu. Pastinya ketiadaan ibu dan ayah membawa kesan sosial yang besar kepada anak itu. Ia secara tidak langsung turut merugikan negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kira-kira 1,000 peserta seminar tersebut agar memberi tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan di kalangan masyarakat bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

“Pencegahan merupakan satu-satunya jalan kepada masalah ini kerana tiada ubat dan vaksin yang mampu membunuh virus HIV. Apa yang ada hanyalah ubat untuk menyekat pembiakan virus itu. Itu pun ia memerlukan belanja yang besar sehingga mencecah ribuan ringgit setahun,” ujarnya.

NB : I don't expect viewers to 'like' this... huk... huk...




Rujuk : UM 06/08/2010

14 ulasan:

  1. Satu lagi label untuk Melayu - Retarded Apes. Dulu brown monkey saja - bad enough - now retarded apes. Seronokkah kita bersama sikap-sikap dan perbuatan negatif? Tiada siapa dapat mengubah kita kecuali diri kita sendiri. Kalau mahu seribu usaha, kalau tak sensitif seribu macam kerenah.

    rhirowati - rhirowati

    BalasPadam
  2. Kita tahu mcm mana virus ni boleh berjangkit, tapi melalui cara apa yg paling banyak menyebarkan penyakit ni? Pemindahan darah? kongsi jarum? sex bebas?. Sekarang org islam kalau nak berkawin kena buat ujian saringan HIV.

    Org bkn islam tak perlu melalu proses tu sebelum mendaftar utk berkahwin. Tapi, still
    percentage org melayu dpt HIV paling tinggi.. nape ek..?

    BalasPadam
  3. alamakkk susah sngat ker??? melayu yg paling ramai kat mesia dh tentu la mlayu juga yg paling ramai hidap HIV.

    BalasPadam
  4. btl tu...melayu +-60%, cina +- xsmpi 30%, ini bwh 10% & selebihnya kaum2-kaum lain...
    ape nk herankan?

    BalasPadam
  5. Setuju dgn junior. Simple mathematic. Haha

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Allah SWT dan Muhammad SAW telah berpesan... Jagalah kaum wanita kamu... Isteri dan anak-anak perempuan kamu... Jika rosak akhjak mereka, maka rosaklah seluruh keturunan... dan kehidupan. Wallahualam.

    Mengenai penyakit aids dan hiv... mohon dijauhkan oleh Allah, semoga ia tidak berlaku kepada kita... Penyalahgunaan dadah dan seks bebas dikatakan sebagai punca utama... Namun, saya rasa didikan agama yanjg benar dan iman yang kuat dan kukuh akan dapat membantu untuk mencegah dan mengurangkannya.

    [Naseron Ismail]

    BalasPadam
  8. masalahnya dah tahu.
    penyelesaian tidak dibuat.
    unggu dan lihat.
    sikap pemimpin buat buta, yg x buta mcm kta nih ngaga.

    undilah saya

    BalasPadam
  9. Kena sakit sgt korang nie ha..nak bangding kan melayu dgn bangsa lain hanya keburukan yg nampak tapi kebaikan bangsa kita tak dak siapa yg nak ulas. Cuba selidik sapa taiko or tailo jualan dadah pada masyarakat bangsa mana yg banyak? Yang bukak pusat maksiat pusat hiburan bangsa mana yg kuasai? Dibelakang semua nie ada bangsa yg 30 % yg korang sebut kan. Kita sibuk kan penagih tapi suplyer yg bagi duit berguni2 dan ugut anak bini pihak berkuasa nak lepas macam tue jugak ka? Hapus kan org yg merosak kan bangsa kita baru pikir kan macam mana nak pulih kan bangsakita yg dah terjebak..Jgn sedap tunding kan jari saja tapi kaum lain kaut keuntungan dgn menjatuh kan kita.

    BalasPadam
  10. Wahai Melayu,

    1. Kita patut bangga dgn angka - angka penunjuk yang di berikan olih expert data base.
    2. kita jgn malu menaikkan angka-angka ka paling top kalau bolih 100%.
    3. Inilah masa nya kita bertindak sebab bangsa lain semua nya baik-baik belaka.
    4. Jgn risau sebab mereka dahulu pun sama macam bangsa melayu sekarang.
    5. Mereka - mereka ni dulu semua nya gang star..ahli perompak, ahli perogol dan sabagai nya.
    6. Tak salah lah melayu ambil alih tempat mereka sekarang ini.
    7. melayu teruskan berjuang,,naikan lagi angka-angka ini.

    Shabas melayu ku ..kita kena jadi champion...baharu kita ada nama...

    hdin

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum warahmatullah.

    ok dah tau melayu paling ramai kena aids..MELAYU macam mana?

    orang kampung? ,nelayan?, petani?, penoreh getah?, kaki disco, kaki minum?, murid sekolah?

    sapa pula paling skit kena? utz? utzah? budak rempit?, budak sekolah?...

    pastinya ada trend yang boleh kita kaji dan kendianya bagi penyelesaian....

    BalasPadam
  12. Salam alaik,

    Ini semua BUDAYA TONGKAT ALI. Asyik fikir benda dalam kain - pagi, petang dan malam.

    Pulak tu iklan segala tongkat ali dan kacip fatimah bersepah-sepah. Kat TV, dalam radio, tepi jalan, surat khabar dan kat pasaraya.

    Ini sudah masuk kes penyakit OBSESSION. Terma agama ialah TAKZUB. Nama jarang orang pakai ialah KETAGIHAN SEKS sebab tak mahu mengaku.

    Bila terfikir malam Jumaat aje, bukan terfikir untuk berzikir lebih tapi fikir untuk benda dalam kain lebih. Sedangkan kalau malam Jumaat jatuh pada 13, 14 dan 15hb Islam, bersetubuh menjadi makruh kerana dilarang oleh Nabi Muhammad.

    Bila travel sikit ke luar negeri atau negara, membuak-buak nafsu nak tawaf kawasan Red Light District.

    Bila orang-orang dewasa dok sibuk mempaparkan SIMPTOM ketagihan seks mereka ke khalayak umum di merata-rata tempat, akibatnya :

    * anak-anak sedang membesarpun nak cuba jugak
    * remaja pun suka nak test jugak
    * yang belum kahwinpun nak jugak


    Dari budaya KETAGIHAN SEKS ini, maka bermulalah budaya:

    * zina
    * buang anak
    * bunuh anak
    * seks rambang
    * ratusan ribu anak zina


    Implikasi seterusnya ialah penyakit seks, iaitu : HIV, Hepatitis C, Herpes Simplex, Gonorrhea dan Cancer Cervix dari bakteria HPV (human papilloma virus ).

    Jadinya, isu segala penyakit dari seks rambang yang sedang menyerang masyarakat Melayu ini berpunca dari siapa?

    BalasPadam
  13. satu lagi komen... harap2 lepasla...

    berita2 yang berunsur seks jangan jadikan tajuk utama suratkhabar macam harian (seks) metro. sekarang ni pun kosmo dah berjangkit... kalau suratkhabar pun boleh berjangkit, ni pulak orang... donia...donia....

    BalasPadam
  14. Memanglah melayu paling ramai tapi cuba kira dari segi peratus pula..melayu 50%+ tapi pengidap hiv 71.8% ..berbanding cina hampir 30% baru 14.6%,india pula lebih kurang 10% tapi pengidapnya 8%....jadi kita nampak di sini cina paling rendah hidap hiv...
    melayu teratas(bukan semua teratas dlm bab 'kuning') dan india kedua teramai..

    buang anak champion, ragut champion, isap dadah/rokok champion, rogol anak sendiri champion, result universiti terendah champion, bohsia bohjan champion termasuklah mengendap untuk tangkap pun champion..

    Bilakah agaknya umat melayu islam ni akan berubah entahlah makin byk bab keagamaan makin teruk pulak jadinya sedangkan dulu2 mana ada tv, radio, paper, majalah, pakaian yg islamik sangat berbanding sekarang..

    cuba renung2kan.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails