“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Ogos 09, 2010

Melayu yang ‘layu’ dengan ubat kuat...


~ ubat kuat ~


Assalamualaikum warahmatullah,

Menurut berita yang dibaca di BH05/08/2010 - Ubat kuat lelaki memudaratkan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ubat-ubatan tidak berdaftar khasnya ubat kuat lelaki kerana ia mengandungi bahan racun.

Kebanyakan ubat kuat lelaki yang semakin berleluasa dijual di pasaran bercampur dengan bahan-bahan racun seperti sildenafil, tadalafil dan verddanafil yang juga bahan aktif perangsang seks lelaki. Ubat-ubatan yang disebutkan di sini berfungsi untuk rawatan erectile dysfunction yang HANYA boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi dari seorang doktor. Dikatakan, kesan sampingan ubat itu adalah sangat merbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Adalah tidak berbaloi kepada mereka yang mengambil ubat kuat lelaki kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan merosakkan badan. Antara kemudaratan ubat itu ialah :
  1. serangan jantung,
  2. strok,
  3. pendarahan otak,
  4. peningkatan tekanan darah,
  5. bengkak hati,
  6. kegagalan buah pinggang daripada berfungsi,
  7. kehilangan pendengaran yang kadang-kalanya adalah kekal dan
  8. kehilangan penglihatan yang kadang-kalanya adalah kekal.


Ngerinya melihat penyakit-penyakit yang disenaraikan... Sebenarnya, sudah banyak kali juga saya baca berita sebegini di situ sana sini, tetapi ‘ubat kuat’ masih mendapat sambutan tidak kira daripada yang muda mahupun yang sudah tua. Hairan ya, mengapa perlukan ubat kuat? Adakah lelaki Malaysia sudah tidak cukup kuat LEMBEK sehingga terpaksa bergantung kepada ubat untuk menjadi kuat??

Saya bersetuju dengan menteri berkenaan, sudah tiba masanya untuk kita menghentikan semua perkara mengarut dan penyalahgunaan (ubat) sebegini. Eloklah Kementerian Kesihatan melancarkan perang habis-habisan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan dan kosmetik yang tidak berdaftar.

Ramai Melayu berpoligami ambil produk tradisional?!

Biar betul... ini bukan cerita dongeng Laman Seri atau saja-saja buat mereka-reka cerita. Ini kisah benar yang dipetik secara langsung dari BH09/08/2010 - Ramai Melayu berpoligami ambil produk tradisional.

Dilaporkan, orang Melayu termasuk lelaki berpoligami, dikenal pasti paling ramai mengambil produk kesihatan tambahan dan ubat tradisional mengandungi racun berjadual yang berlambak di pasaran seperti ubat perangsang seks kerana keinginan keterlaluan selain kemaruk untuk mencuba. Dipercayai lelaki berpoligami di kalangan orang Melayu turut mengambil ubat perangsang seks kerana mahu memenuhi tuntutan isteri masing-masing.

Selain itu, lelaki yang menghadapi masalah seks lebih rela mendapatkan rawatan dengan memakan produk berkenaan berbanding berjumpa doktor bertauliah kerana malu mengakui mempunyai masalah berkenaan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Maamor Osman, berkata orang Melayu juga mudah terpengaruh dengan testimoni serta iklan disiarkan pada media massa atau promosi jualan ubat berkenaan di kaki lima atau secara dalam talian.

Kajian juga mendapati bukan semua pengguna ubat perangsang seks menghadapi masalah kesihatan reproduktif, sebaliknya SENGAJA mengambil ubat itu kerana mahu mencuba selepas orang lain menceritakan keberkesanan produk yang diambil. Berita selebihnya di SINI.

Demikian berita yang dibaca petang ini. Teringat saya feedback Bro Manntrexx di SIM grup menerusi entry Melayu paling ramai hidap HIV/AIDS. Katanya :
Ini semua BUDAYA TONGKAT ALI. Asyik fikir benda dalam kain - pagi, petang dan malam. Pulak tu iklan segala tongkat ali dan kacip fatimah bersepah-sepah. Kat TV, dalam radio, tepi jalan, surat khabar dan kat pasaraya.

Ini sudah masuk kes penyakit OBSESSION. Terma agama ialah TAKZUB. Nama jarang orang pakai ialah KETAGIHAN SEKS sebab tak mahu mengaku. Bila terfikir malam Jumaat aje, bukan terfikir untuk berzikir lebih tapi fikir untuk benda dalam kain lebih. Sedangkan kalau malam Jumaat jatuh pada 13, 14 dan 15hb Islam, bersetubuh menjadi makruh kerana dilarang oleh Nabi Muhammad.

Bila travel sikit ke luar negeri atau negara, membuak-buak nafsu nak tawaf kawasan Red Light District.

Bila orang-orang dewasa dok sibuk mempaparkan SIMPTOM ketagihan seks mereka ke khalayak umum di merata-rata tempat, akibatnya :
  • anak-anak sedang membesarpun nak cuba jugak
  • remaja pun suka nak test jugak
  • yang belum kahwinpun nak jugak
Dari budaya KETAGIHAN SEKS ini, maka bermulalah budaya:
  • zina
  • buang anak
  • bunuh anak
  • seks rambang
  • ratusan ribu anak zina
Implikasi seterusnya ialah penyakit seks, iaitu : HIV, Hepatitis C, Herpes Simplex, Gonorrhea dan Cancer Cervix dari bakteria HPV (human papilloma virus ).

Jadinya, isu segala penyakit dari seks rambang yang sedang menyerang masyarakat Melayu ini berpunca dari siapa?
Ada benarnya apa yang sahabat ini katakan. Renung-renungkanlah, semoga bermanafaat!




Capaian entry berkaitan :

1 ulasan:

  1. mana yang termampu... kalau tak mampu..jangan cari penyakit..ish2..

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails