“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Mac 28, 2009

Panduan memilih taska/tabika terbaik

Salam,

SUATU waktu dahulu kita dipaparkan dengan beberapa kejadian yang melibatkan kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak akibat kecuaian pihak pengurusan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) atau pengasuh persendirian. Bagi wanita yang tidak bekerja, berita seumpama itu tidak begitu memberi kesan yang mendalam kerana anak-anak selamat berada di bawah penjagaan mereka. Bagaimana pula dengan suri rumah yang keluar bekerja?

Dilema bagi ibubapa yang berkerja dan tidak mempunyai pembantu rumah ialah mencari pusat jagaan harian bayi dan kanak-kanak yang sesuai dan boleh dipercayai untuk anak-anak mereka. Terlalu banyak perkara perlu diberi perhatian serius kerana anak-anak akan ditinggalkan seharian di bawah jagaan taska/tabika.

Agak memeningkan juga bila hendak memilih pusat jagaan yang terbaik untuk anak. Bila kata yang terbaik, pasti dalam kepala kata ‘mahal’. Adalah amat penting untuk kita sebagai ibubapa, mengetahui pusat jagaan bagaimanakah yang terbaik untuk anak-anak kita. INGAT! Yang mahal itu tidak semestinya yang terbaik dan yang murah tak semestinya tiada kualiti.



Faktor keselamatan adalah paling meruncing, selain soal kaedah asuhan, penjagaan dan kebersihan. Jika kita mengetahui panduan/tips untuk memilih taska/tabika untuk anak, tentu wang bukan menjadi masalah. Iringkan dengan doa moga Allah murahkan rezeki untuk kita menghantar anak kita ke taska/tadika yang terbaik.

Alhamdulillah, saya berkesempatan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber dan berikut disenaraikan beberapa panduan/tips dan kriteria pemilihan bagi mengenal pasti pusat jagaan kanak-kanak (taska/tabika) yang terbaik untuk anak anda.


Panduan # 1 – Mesti berdaftar

Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran.

Amat mendukacitakan apabila diketahui sehingga kini 80% taska masih beroperasi secara haram dan gagal mendaftarkan operasi mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malahan ada pemilik taska yang mengemukakan lesen palsu demi mengaut keuntungan.

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya iaitu memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan taska semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Selain itu, akta ini juga mewajibkan pendaftaran taska yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Apa yang penting akta ini digubal untuk memastikan hak kanak-kanak dilindungi, iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan.

Panduan # 2 – Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/penyelia

Hasil daripada perbincangan itu, anda akan dapat melihat dan menilai sendiri bahawa pengusaha/penyelia taska/tabika itu mengetahui sedikit sebanyak mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak.

Pastikan pengusaha/penyelia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang. Daripada situ juga anda boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman, terlatih, minat pada tugas dan ikhlas. Jika dia suka kerja itu, maka anak-anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan sangat penting.

Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan pakaian dan akhlaqnya. Ini amatlah penting! INGAT! Selain ibu bapa menjadi pendidik utama, pengasuh juga merupakan tangan pertama yang akan menentukan masa depan kanak-kanak. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh anak anda. Jangan lupa ambil nombor telefon dan sekali-sekala anda boleh bertanya tentang anak anda dan perkembangannya.

Anda boleh rujuk entry Tips memilih pengasuh.

Panduan # 3 – Keselamatan

Perhatikan tahap keselamatan di tempat jagaan tersebut. Pagar mestilah sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk menubuhkan taska/tabika. Intermediate house adalah dilarang.

Panduan # 4 – Kebersihan dan Penyediaan Makanan

Anda boleh bertanya tentang makanan yang disediakan oleh taska/tabika. Makanan yang disediakan mestilah yang berkhasiat. Anda boleh minta izin melihat keadaan kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan bersih dan memuaskan.

Panduan # 5 – Bayaran Yuran

Anda perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar-menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika anda terlambat mengambil anak.

Panduan # 6 – Program

Pastikan pusat jagaan mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya. Anda yang membayar pusat jagaan, anda mempunyai hak untuk mengetahui apa yang diajarkan kepada anak anda.

Tahukah anda, sebenarnya, setiap anak tidak kira usia ada program pengisian walaupun ia cuma seorang bayi. Setiap individu yang memilih kerjaya sebagai pengasuh taska/tabika harus mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK). Mereka perlu membuat Lesson Plan/Rancangan Mengajar. Ini adalah guideline dan peraturan JKM yang telah ditetapkan untuk setiap pengusaha Taska/Tabika.

Panduan # 7 – Fardu ain

Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut. Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu ain. Bagaimanapun, anda perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan amali mengambil wuduk dan solat.

Panduan # 8 – Takaful

Pastikan pusat jagaan mempunyai insurans takaful.

Panduan # 9 – Kegiatan membabitkan ibu bapa

Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama ini?

Panduan # 10 – Peraturan taska/tadika/pusat jagaan

Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya.

Panduan # 11 – Keceriaan

Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor penggalak pengembangan minda anak-anak.

Bagi anak yang berumur empat tahun ke atas, menghantar anak ke taska boleh menggalakkan perkembangan minda anak-anak di tahap ini kerana konsep bermain sambil belajarnya yang lebih bebas dan sesuai pada tahap usia ini.

Panduan # 11 – Bayaran balik

Anda perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah anda dapatkan sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu dalam perkara ini.

Panduan # 12 – Tawakal

Senyum selalu, banyak berdoa dan tawakal. Insya-Allah, semua masalah boleh diatasi.

Semoga anda mendapat walau sedikit manfaat daripada artikel ini.

2 ulasan:

  1. ina_ina_ina81@yahoo.com30 Mac 2009 pada 9:15 PG

    salam..

    sebagai salah sorg pengusaha taska, saya rasa buleh lah kiranya saya berkongsi maklumat..

    utk yg len2 saya xde komen..tapi utk yg no 1..taska berdaftar dgn JKM.. yg nih ade skit rasia saya nak kongsikan sbg tanggungjwb rakyat msia...

    bukan semua taska berdaftar dgn JKM tu menepati akta asuhan kanak2. xtau camne buleh dpt lesen...tapi ade taska yg mmg sah berdaftar tidak ikut nisbah 1pengasuh 10 kanak2 atau 1 pengasuh 5bayi..sbb mmg ade taska besar yg nama gah mempunyai lebey kurang 100 murid dgn hanya 5 guru taska...

    bukan senang nak dptkan lesen JKM...tapi kalau ade kabel atau pon org lama atau nama taska besar...senang le cket...wpun xikut akta..saya sendiri pun terpaksa beroperasi tanpa kelulusan selama 2tahun sbbkan karenah birokrasi yg mahukan wang beribu2.. bukan 1 badan perlaksanaan, tapi lebih dari 2 jabatan..kdg2 3...kami bukan bukak hypermarket yg banyak duit...tapi saya terangkan kpd ibu bapa status kami....tapi alhamdulillah sepjg hampir 3thn beroperasi..ibu bapa mempercayai kami kerana saya x put the keuntungan sbgai objektif... tapi sbb minat saya kepada budak2.

    skrg saya dah dapat kelulusan dari ketiga2 jabatan berkenaan (lambat sket sbb xdak 'hulur') lepas sethn stgh beroperasi...tapi JKM lak tukar syarat2nye...kene hantar semua staff ke kursus asas asuhan..kursus tu kalau part time makan masa 3bulan..n xkan kami nak hantar fulltime..kalau fulltime sapa nak jaga taska?kami juga dicaj mengikut rate perniagaan utk bil air n letrik yg mana tiap bulan minimum dlm rm400 lebih utk kedua2 bil tu shj..n kursus tu perlu dibyr syk rm480...so saya punye taska dah berdaftar dgn JKM..cuma lesen dia hold...pastu lesen dgn MBSA da nak mati ujung thn nih..dulu saya apply sampai sethn tunggu br dpt..bukan sbb xlengkap, sbb dia mintak mcm2...saya kene byr sampai rm 4000lebey...

    kalau taska ade 30budak....purata 1 kepala rm 190 x 30 =rm5700..bil shj dlm rm 600 (tmsuk bil tipun n astro) sewa taska dlm rm1500... beli brg dapur rm1000 gaji pekerja rm 2000...kami pengusaha terpaksa ikat perut kdg2....dgn hadapi karenah birokrasi...

    ape yg saya nak tegaskan...xsemua yg berdaftar dgn JKM tu bagus.. wpun saya salah sorg dr taska berdaftar...sbb ade satu taska berdaftar di shah alam yg mengurung kanak2 di dalam bilik n kunci dr luar masa tido selama 3jam... bahaya... ade juga yg sebiji epal dikongsi dgn 50 kanak2...dan ade yg ade 70 kanak2, tapi ayam yg dibeli seminggu hanya 6ekor..bayangkan, taska saya ade 30 lebey budak2 n beli ayam 9eko seminggu, sehari 5 biji epal... sebiji tembikai... tu pon ngam2... dan ade saya dpt report dr ibu bapa yg lari dr taska2 gah nih yg dah berdaftar dr tahun sblm 2000 lagik, yg mana anaknye (transit) xmuat nak tggl dlm taska... so, kene duduk diluar taska kat area awning atas sofa..panas tau...n bahaya takut kene culik..

    saya cuma nak bgtau, xsemua yg berdaftar tu ok n yg x berdaftar tu xok...cuma kene ikut gerak hati...

    gud luck

    BalasPadam
  2. Ashraf Abdul Razak30 Mac 2009 pada 5:51 PTG

    Saya ingin berkongi pengalaman saya. Terdapat sebuat taska/tabika
    yang mempromosikan tadikanya sebagai pra-tahfiz. Semasa saya dan isteri melawat sebelum pendaftaran, kami dimaklumkan bahawa ada kelas komputer, ajaran quran (iqra) dan sebagainya dan menyediakan perkhidmatan 'day-care' juga. Yurannya boleh tahan, untuk dua anak saya sama jumlah dengan gaji bulanan seorang pembantu rumah indonesia.

    Malangnya setelah mendaftarkan anak-anak kami di sana, selepas dua
    minggu anak-anak belum manjalankan sebarang pembelajaran dan lebih
    memeranjatkan apabila kami menyoal anak-anak kami mengenai makanan-
    minum, tidur, tandas dan bagaimana proses mandi (sebelum pulang dari
    day care), anak-anak memberitahu bahawa mandi berasama antara lelaki
    dan perempuan, tandas - dalam longkang di belakang tadika dan makan minum - apa yang dibekalkan sahaja; malah bekas bekalan anak saya juga dihilangkan oleh tadika tersebut.

    Pokoknya, pengusaha haruslah jujur! Jangan hanya mempromosikan
    sebagai sebuah tadika yang berunsurkan agama sekiranya tidak. Duit kita mereka ambil tanpa tanggungjawab. Lebih memeranjatkan, setelah saya keluarkan anak-anak saya dari tadika tersebut (saya membayar
    deposit serta fee bulanan selama 6 bulan), fee 6 bulan langsung tidak
    dipulangkan.

    Yahudi betul!

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails