“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Ogos 26, 2010

Khasiat buah avokado

~ Buah avokado dibelah dua ~ gambar hiasan ~

“...... Jadi balik tak? Buah avokado dah masak....” Itu antara mesej yang saya terima daripada ayahanda, beberapa hari sebelum ketibaan Ramadan. Waaahhh... sedapnya buah avokado... Dalam berkira-kira hendak balik ke tidak, saya usulkan cadangan balik kampung kepada EnSyujin kerana buah avokado sudah masak. Lawaknya, EnSyujin sempat mengusik, “Orang balik kampung makan buah durian, rambutan atau manggis. Awak balik kampung makan buah avokado. Macam berkampung di oversea...”

Sehari-dua sebelum menerima mesej daripada ayahanda, saya ‘pulun’ borong buah avokado Afrika yang dijual murah di sebuah pasaraya (RM1.49 sebiji). Tiap-tiap malam mengudap avokado bersama baby Iman yang usianya sudah hampir mencecah setahun (semasa artikel ditulis). Rasa buah avokado ini tidaklah berapa sedap tetapi khasiatnya, masya Allah.... menakjubkan. Tekstur dan rasa isinya seakan-akan rasa isi kelapa muda yang lemak-lemak manis, tetapi isi avokado lemak-lemak ‘tawo lesyo’…

Setelah berbincang, memandangkan kami masing-masing ‘banyak hal’ saya terpaksalah pendam perasaan keinginan balik kampung. Lalu saya beritahu ayahanda, yang kami tidak dapat balik dan pesan supaya ayahanda ‘makankan’ buah avokado untuk saya… :)



~ Pokok avokado ~ gambar ehsan wikipedia ~


~ Buah avokado belakang rumah ayahanda ~

Sedikit info tentang avokado dan khasiatnya, untuk manafaat bersama….

Pokok avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti.

Pokok avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avokado mempunyai hujung yang runcing.

~ Sebelah kiri gambar buah avokado species dari Medan Indonesia, sebelah kanan gambar buah avokado species dari Afrika Selatan ~

Pokok avokado berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Kini, buah avokado ditanam di negara-negara seperti Afrika Selatan, Australia dan New Zealand. Buah ini dikategorikan dalam beberapa jenis seperti bacon, fuerte, gwen, hass, penkerton, reed dan zutano.

Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah daun, buah, kulit kayu dan biji. Buahnya amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, naisin dan riboflavin.

Berikut senarai nutrisi buah avokado, dipetik dari wikipedia (sila klik utk paparan lebih besar) :


Buah avokado mengandungi asid oleik iaitu sejenis lemak tak tepu tunggal yang jika dimakan bukan sahaja mampu mengurangkan kolesterol tidak baik, tetapi mampu meningkatkan kolesterol baik. Disebabkan kandungan potassium yang tinggi dalam buahnya, pengambilan avokado secara kerap juga mampu merendahkan tekanan darah.

Kandungan folat di dalam buahnya juga mengandungi zat, baik untuk kesihatan jantung. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang kerap mengambil kandungan asid folat, mempunyai risiko yang rendah iaitu sebanyak 55% untuk mendapat serangan jantung dan penyakit jantung.

Walaupun avokado tinggi dengan lemak iaitu kira-kira 30gm lemak bagi sebiji avokado, namun itu tidak menghalang buah ini berkhasiat untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Pengambilan buah yang kaya dengan kandungan vitamin dan zat, amat baik untuk tubuh kita. Lemak daripada avokado juga dikatakan mampu membantu tubuh berasa lebih kenyang dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada meningkat.

Dikatakan, sebiji buah avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88% daripadanya adalah lemak. Ia juga berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang.

~ Pokok avokado berbuah setahun sekali ~

Avokado mampu mencegah penyakit mata

Avokado juga mengandungi lutein iaitu sejenis antioksidan yang amat baik untuk mata. Pengambilan makanan yang tinggi lutein dikatakan mampu mencegah penyakit mata seperti katarak dan kemerosotan makular.

Lembutkan kulit

Avokado digunakan dengan banyak dalam industri kosmetik seperti pencuci, krim dan masker muka. Ada juga yang dibuat syampu, minyak avokado dan bermacam-macam lagi. Avokado terbukti berkesan dalam penjagaan kulit wajah kerana kandungan vitamin E yang tinggi.

Antara kebaikan lain buah avokado ialah mampu mencegah arteriosclerosis, merangsang pembentukan kolagen sekaligus membantu kulit mengalami penuaan, membantu menentang masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.

Selain itu, buah avokado juga boleh dihancurkan dan ditampal pada ruam dan kulit yang kasar. Kesannya, kulit akan menjadi lebih lembut. Minyak yang diekstrak daripada buah avokado boleh dijadikan sebagai losen kulit dan minyak urut. Penggunaannya dikatakan mampu memperbaiki kulit menjadi lebih bermaya. Isinya yang lembut dan berkrim amat sesuai untuk dijadikan sebagai buah segar pertama dimakan oleh bayi.

~ avocado smootie ~ gambar ehsan wikipedia ~

Buah avokado boleh dijadikan jus minuman yang menyegarkan. Campurkan isi buah avokado dengan susu segar, masukkan sedikit susu pekat, coklat yang dicairkan dan ketulan ais dan kisar untuk dijadikan avokado ‘smootie’... yummy!!

Daun pokok avokado pula dikatakan boleh direbus dan kemudiannya dijadikan sebagai ubat. Air rebusan yang dikatakan bersifat diuretik ini mampu membersihkan hati dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Dalam ilmu perubatan Cina dan perubatan tradisional lain, avokado dikatakan memiliki daun yang bersifat pahit, kelat dan diuretik manakala bijinya bersifat anti-radang dan analgesik. Hasil kajian dan penyelidikan menunjukkan daun buah ini bersifat anti-bakteria. Ia menghapuskan pertumbuhan beberapa spesies bakteria seperti Staphlococus sp., Pseudomonas sp., Escherichea sp. dan Basillicus sp.

Manakala daun pokok avokado yang telah dicampurkan dengan kulit pokok avokado lalu direbus, boleh digunakan untuk tujuan merawat masalah kesihatan yang berlaku pada perut dan dada.

Air rebusan ini juga dikatakan mempu mengawal ketetapan haid. Bagi mereka yang sering mengalami masalah disenteri, dikatakan biji buah avokado boleh digunakan sebagai ubat. Di Amazon, biji buah avokado juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat pencegah hamil.

Senarai kebaikan avokado

Selain daripada khasiat yang dinyatakan di atas, di sini saya senaraikan 10 mengapa kita patut makan avokado, info dipetik dan diterjemahkan dari laman web Health Diaries.com :

1. Pencegahan kanser prostat

Avokado telah dibuktikan berkesan untuk menghalang pertumbuhan kanser prostat.

2. Perlindungan (mencegah) kanser mulut

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebatian tertentu dalam avocado dapat mencari pra-kanser dan kanser sel kanser mulut dan menghancurkan mereka tanpa merosakkan sel-sel sihat.

3. Perlindungan (mencegah) kanser payudara

Seperti minyak zaitun, avokado mengandungi asid oleik yang sangat tinggi, yang telah terbukti untuk mengelakkan kanser payudara dalam kajian banyak.

4. Baik untuk kesihatan mata

Avokado mengandungi lebih lutein karotenoid daripada buah-buahan yang lain biasa dimakan. Lutein melindungi mata daripada kemerosotan makular, katarak dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia lanjut.

5. Menurunkan paras kolesterol

Avokado mengandungi beta-sitosterol yang tinggi, satu sebatian yang telah terbukti dapat menurunkan paras kolesterol. Dalam sebuah kajian, 45 sukarelawan mengalami penurunan paras kolesterol sebanyak 17%, selepas mereka mengambil buah avocado hanya untuk satu minggu.

6. Memelihara kesihatan jantung

Satu cawan avokado mengandungi 23% kandungan folat daripada nilai harian yang disyorkan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil diet kaya folat mempunyai risiko yang lebih rendah daripada mendapat penyakit jantung daripada mereka yang tidak. Kandungan vitamin E, lemak tak tepu tunggal dan glutathione yang terdapat dalam buah avokado juga bermanafaat besar bagi jantung anda.

7. Mencegah strok

Kandungan folat yang tinggi dalam buah avokado juga dapat memberi perlindungan terhadap strok. Mereka yang makan diet kaya folat mempunyai risiko lebih rendah terkena strok daripada mereka yang tidak.

8. Penyerapan nutrisi lebih baik

Kajian telah mendapati bahawa nutrisi tertentu diserap lebih baik bila dimakan dengan avokado. Dalam sebuah kajian, ketika peserta makan salad yang mengandungi avokado, mereka dapat menyerap lima kali jumlah karotenoid (kumpulan nutrisi yang merangkumi lycopene dan beta karoten) daripada mereka yang tidak termasuk avokado.

9. Sumber glutathione

Avokado merupakan sumber glutathione yang sangat baik iaitu satu agen antioksidan yang penting yang menurut para penyelidik, ia penting dalam mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.

10. Sumber vitamin E

Buah avokado adalah sumber terbaik vitamin E, yang merupakan vitamin penting untuk melindungi badan terhadap banyak penyakit dan membantu menjaga kesihatan secara keseluruhan.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah, daun, biji dan kulit pokok avokado, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan agar kemudharatan di kemudian hari dapat dielakkan.

Semoga bermanafaat!




Rujukan : Misteri Alam, http://www.healthdiaries.com/eatthis/10-health-benefits-of-avocados.html, http://en.wikipedia.org/wiki/Avocado dan lain-lain.

Capaian entry berkaitan :

16 ulasan:

  1. salam..
    asal org perak ke?.."tawo lesyo" bukan sebarang orang boleh guna perkataan tu..kihkihkih....terima kasih berkongsi maklumat...kongsi-kongsilah lagi..Raya tak balik kg?

    BalasPadam
  2. byk khasiat avocado ni.....bole idup eh pokoknya kt mesia?.....tp tak lalu nk mkn saje, ....payo je,...

    BalasPadam
  3. Salam,

    @SitiKhadijah : Ya, Ipoh 'mali'. Insya Allah balik kampung sbb belah hubby dah takde sesiapa... :)

    @armouris : Thanks for additional info.

    @aima : Nak benih avokado, informlah! Pokok di rumah ayahanda tu mmg dibawa dari Medan. Boleh hidup di sini. Bab 'payo' tu, kalau nak sedap, kakak ipar kata boleh cuba cicah kicap... erk.. saya sendiri tak pernah cuba...

    BalasPadam
  4. salam.
    good info here tentang avokado. TQ for sharing.
    nak tanya, pokok avokado yg ditanam tu dari biji ke? atau pun dari tut (grafted)? besar tak, pokoknya?
    saya mmg suka avokado ni. kekadang bila supermarket ada jual, beli la gak walau mahal.
    macam mana nak dptkan benihnya ye? kg you kat ipoh kat mana? i dok bota.

    BalasPadam
  5. @ Synchronous

    Salam... Baru aje habis musim utk tahun ini. Insya Allah, ada rezeki tahun depan berbuah lagi. Nnti hantar contact saya di bawangoreng@gmail.com ... tinggalkan contact number. Bota tu kiri ke kanan? Mak saya org Pdg Tenggala...

    BalasPadam
  6. Dah lama saya cari pokok avokado nih... boleh nak dapatkan benih? dan brp lama dijangka berbuah...

    BalasPadam
  7. @Zah's : Kalau pokok di kampung berbuah lagi, insya Allah saya akan semai untuk rakan2. Tak pasti sama ada benihnya ada dijual di mana-mana nursery.

    Muslim yang lepas, saya minta rakan semai di Teluk Pulai, Klang. Sedang monitor pembesarannya dan akan masukkan entry baru jika pokok berbuah.

    BalasPadam
  8. yg saya tau buah ni ada di sabah sahja klu kat malaysai laa...

    BalasPadam
  9. kat bukit tinggi indon byk sgt. jakun kejap tgk diaorg buat jus pekat giler. segelas besar tu cuma rm3.50 duit kita. kalo kat sini mau berbelas rm..

    BalasPadam
  10. Salaam bawang,

    Saya rasa species apokat anda sama dengan pokok di laman saya. Saya membawa balik buah dari vietnam dan bandung, sangat subur pohonya kira2 10 kaki lebih sekarang agaknya.

    Berapa lama mau berbuah ye? Tanah tinggi ke rendah di Perak? TQ

    BalasPadam
  11. @Mohd Khairul Anwar

    Salam,

    Maaf ya, kurang pasti umur berapa pokok avokado berbuah. Tapi sekali berbuah memang lebat. Rumah di Ipoh bukan di tanah tinggi, avokado sesuai dengan iklim panas (tropika).

    BalasPadam
  12. Puan BG,

    JIka tak keberatan poskanlah foto lagi. Avokado saya dah 1 tahun 6 bulan dah. Tapi species daun lebar yang saya ambil dari Bandung.

    Jiran saya ada punya pokok avokado juga, batang daunnya macam pokok ayah anda.

    BalasPadam
  13. @Mohd Khairul Anwar

    Agak banyak juga gambar yang diambil tahun lepas, tapi akibat serangan virus, saya terdelete ke semua gambar yang disimpan dalam tumbdrive. Sedih betul...

    Insya Allah, balik raya nanti saya ambil gambar lagi dan upload.

    Avokado memang banyak species. Lihat buah yang dikirim ayah dan buah dari Afrika. Juga jika anda perasan, buah dari Australia juga berbeza.

    MKA tinggal di mana, ya? Mungkin boleh biakkan buah ini dan saya kongsikan buah dari kampung jika ada rezeki... :)

    BalasPadam
  14. salam bawang...

    saya nak benih pokok avokado juga boleh?

    BalasPadam
  15. @sarina

    Assalamualaikum,

    Saya dalam usaha menyemai benih avocado ni.

    Jika anak pokoknya berjaya 'dibesarkan', insya Allah, nanti saya inform ya.

    Terima kasih.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails