“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Februari 13, 2011

Suami nusyuz a.k.a. suami derhaka


imej dari sumber al-lavendari


Assalamualaikum warahmatullah,

Dalam entry Q&A : Isteri jangan dizalimi walaupun tak suka yang baru sebentar tadi diposkan, saya berkesempatan 'menggoggle' untuk mencari ciri-ciri suami derhaka seperti yang dipersoalkan dalam entry sebelum ini.

Jika anda menaip istilah ‘derhaka’ di search engine EnGoogle, anda akan dapati istilah ‘derhaka kepada ibu bapa’, ‘derhaka kepada ibu’, ‘derhaka kepada suami’, ‘derhaka kepada mertua’ bla.. bla.. bla... malangnya, tiada pula istilah ‘derhaka kepada isteri’. Bila saya menaip istilah ‘derhaka kepada isteri’, berderet-deretlah keluar artikel ‘isteri derhaka’. Sungguh tidak menepati apa yang saya cari. Saya tidak berputus asa dan mencari lagi, alhamdulillah, bertemu juga apa yang dicari. Saya kongsikan artikelnya di sini.

KITA sering mendengar alasan nusyuz atau derhaka oleh suami dalam memberikan justifikasi bagi menafikan tuntutan isteri terhadap segala hak mereka dalam rumahtangga. Ia seperti nafkah bulanan, tunggakan saraan hidup mahupun tuntutan yang lebih besar seperti mutaah, tempat tinggal dan harta sepencarian.

Jarang sekali kita mendengar persoalan suami ‘nusyuz’, suami ingkar atau durhaka terhadap isteri mereka. Malahan ada yang terkejut apabila saya mengutarakan isu ini semasa mengendalikan beberapa program celik undang-undang bagi wanita anjuran Jabatan Pembangunan Wanita. Ada juga yang mengatakan ia tidak pernah dibicarakan dalam mana-mana kitab.

Tidak dinafikan dalam Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia, tiada sebarang peruntukan bagi menjelaskan kedudukan suami ‘nusyuz’ terhadap isteri mereka.

Namun isu ini adalah isu yang hangat diperbincangkan oleh golongan ulama mahupun mereka yang terlibat dalam bidang undang-undang syarie hingga kekeliruan terjadi. Akibatnya sebahagian besar berpandangan nusyuz hanyalah kesan tindakan yang dilakukan oleh isteri dalam kehidupan berumahtangga.

Hakikatnya Allah SWT melalui Surah An-Nisa’ (4) ayat 128 dengan jelas menzahirkan persoalan ini melalui mafhum firmannya: “Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir . Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tidak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Melalui ayat ini adalah sangat jelas bahawa golongan suami juga boleh menjadi nusyuz melalui tindak-tanduknya dalam menerajui rumahtangga.

Justeru, menurut perundangan Islam yang sebenar, nusyuz boleh membabitkan kelakuan pihak suami serta isteri dan bukan hanya kelakuan isteri sahaja. Al-Quran menyebut tentang nusyuz oleh pihak suami (melalui Surah 4:128 yang dinyatakan di atas) dan nusyuz oleh pihak isteri (melalui Surah 4:34).

Almarhum Prof. Hamka dalam kitabnya Tafsir Al-Azhar Juzuk 5 muka surat 1,452 telah mengupas persoalan ‘suami nusyuz’ ini. Antara lain beliau menyatakan: “Nusyuz yang sebaliknya iaitu si suami yang tidak senang atau telah benci atau telah bosan kepada isterinya. Hal ini biasa terjadi pada orang yang beristeri lebih dari satu atau telah jatuh hati kepada perempuan lain.”

Sesetengah ulama berpendapat, nusyuz dari pihak suami terjadi apabila :
  • suami bersikap keras terhadap isterinya,
  • tidak mahu menggaulinya
  • dan tidak memberikan hak isterinya mengikut lunas syarak.

Adalah jelas, persoalan nusyuz dalam rumahtangga bukan hanya boleh terjadi akibat daripada perlakuan dan tindakan isteri semata-mata. Suami juga boleh menjadi ‘nusyuz’ melalui tindakan, pengabaian dan perlakuan mereka dalam mentadbir rumah tangga.

Lebih menarik, menurut Muhammad Thalib dalam bukunya 30 Perilaku Durhaka Suami Terhadap Isteri, suami boleh dianggap ‘nusyuz’ terhadap isterinya dalam hal-hal antara lain seperti berikut:
  1. Gagal atau enggan memberikan nafkah (zahir atau batin).
  2. Gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat.
  3. Tidak membayar mahar.
  4. Menyebabkan kemudaratan (memukul) tubuh badan isteri.
  5. Membebankan isteri.
  6. Memperlakukan isteri dengan kasar.
  7. Merosakkan martabat isteri.
  8. Menghalau isteri tanpa alasan dan
  9. Menuduh isteri berzina tanpa saksi.

NB : Sengaja Laman-Seri highlightkan point no. 5 tu, check list untuk para suami muhasabah diri. Adakah anda tergolong dalam kategori suami yang membebankan isteri?

Keharmonian rumah tangga perlu dijadikan asas pembinaan sebuah keluarga bahagia. Janganlah mana-mana pasangan sama ada suami atau isteri melakukan tindakan mahupun perbuatan yang boleh dianggap nusyuz antara satu sama lain.

Justeru, marilah kita menyedari (terutamanya golongan lelaki) bahawa kadang kala ketika menuding jari kepada isteri dalam hal-hal penolakan mereka terhadap arahan dan suruhan suami, sebenarnya suamilah pada peringkat permulaannya yang telah gagal, ingkar atau lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Ini berkemungkinan besar menjurus kepada suami menjadi nusyuz kepada isteri tersebut.

Ingat! suami juga boleh nusyuz terhadap isteri.




Sumber : Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya di UM 01/12/2010.

3 ulasan:

  1. Apakah/di manakah kedudukan isteri yg meminta cerai kerana suami nusyuz disisi Allah?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Dalam hal ini, sepatutnya bukan minta cerai, sebaliknya, 'ceraikan' suami. Perkahwinan yang mengundang dharar (penganiayaan) tidak diberkati Allah, kecuali jika isteri reda dianiaya oleh suami yang zalim. Walaubagaimanapun, islam tidak menggalakkan zalim terhadap diri sendiri.

    Perkahwinan boleh dibubarkan melalui taklik, fasakh atau khuluk. Sila rujuk entry 16 alasan fasakh untuk pembubaran melalui fasakh.

    “…dan bagi para wanita (isteri) mempunyai hak (ke atas suami) yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf, akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan (darjat) kelebihan daripada isterinya dan Allah Maha Perkasa lagi Maha bijiksana.” (Surah Al-Baqarah 2:228)

    Satu tingkatan yang lebih daripada isteri hanya 'valid' jika suami memenuhi hak-hak isteri iaitu tanggungjawabnya sebagai suami. Wallahu'alam.

    Terima kasih atas kunjungan anda.

    BalasPadam
  3. Assalmmualaikum,saya puan nur,saya ingin bertanya jika suami mempunyai wanita lain,tanya di ketahui oleh isteri,
    Pada tahun 2011 bulan 6 saya baru tahu yg suami saya,mempunyai teman wanita.saya di pukul seluruh tubuh badan saya sehingga di muka.kerna tanya pasal wanita itu.mereka sudah tidur bersama. Macam mana ya saya mahu perkara ini

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails