“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Ogos 21, 2011

Pinda akta kes berkaitan asid

suspek terbaru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita dikejutkan lagi dengan jenayah‘simbah’ asid lagi. Belum pun sempat dengar atau baca berita tentang lelaki bermotosikal yang dikatakan menyerang mangsa secara rawak, kali ini ada penyerang asid yang baru pula muncul.

Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini, namun menafikan suspek individu yang sama menggemparkan negara dengan beberapa kes simbah asid awal tahun ini. Satu kes berkenaan berlaku pada 26 Julai lalu, menyebabkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat dirompak RM18,000 milik syarikatnya selepas disimbah cecair selepas keluar tandas di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi.

Pada 8 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun pula melecur pada muka selepas disimbah asid ketika dihampiri tiga lelaki ketika berjalan berseorangan di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dan sehingga kini mangsa masih dirawat di hospital.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, dalam kenyataannya, berkata berdasarkan siasatan terhadap kedua-dua kejadian berkenaan, polis menafikan sama sekali kes itu kaitan dengan siri kejadian menyimbah cecair sebelum ini.

Jenis cecair digunakan dalam kes ini berbeza dengan cecair kejadian lalu. Siasatan juga mendapati ciri-ciri suspek berbeza dengan gambaran suspek kes simbah asid sebelum ini. Polis berusaha menyelesaikan kes ini secepat mungkin dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, mengesan saksi termasuk menemuduga mangsa bagi tujuan mendapatkan gambaran rupa bentuk fizikal suspek.

Biarlah polis membuat kerja yang diamanahkan kepada mereka. Sekiranya ada yang mahu memberikan maklumat tentang serangan ini, boleh hubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops melalui 03-21159999.

Penguatkuasaan akta dan hukuman dikenakan kepada pesalah simbah asid yang digunapakai pihak berkuasa sudah tidak lagi relevan berikutan kejadian serangan asid terhadap orang awam, khususnya wanita dan kanak-kanak, semakin berleluasa sekarang. Penjara 3 tahun dan denda RM1,000 terlalu ringan berbanding derita mangsa.

Tegas Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya ke atas pesalah seperti termaktub mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan adalah satu bentuk hukuman yang terlalu ‘ringan’ dan tidak setimpal dengan penderitaan serta kesengsaraan dialami mangsa.

Sewajarnya, hukuman untuk penjenayah asid ini disemak-semula. Tan Sri Lee Lam Thye menggesa akta dan bentuk hukuman itu dikaji dan perlu diperhalusi semula kerana ia membabitkan kesalahan jenayah dan nasib mangsa yang menderita. Akta yang sedia ada sudah ketinggalan dan hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atas pesalah demi menegakkan keadilan selain membela individu yang teraniaya.

Dalam kejadian terbaru, Rafi Abdul Latiff, 28, disimbah asid ketika menunggu rakan di dalam kereta di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raya Laut selepas membeli-belah persiapan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman jam 1.10 pagi pada 8 Ogos lalu.

Kejadian itu turut membuktikan penyerang simbah asid itu kini semakin agresif dan tidak hanya menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai mangsa. Orang ramai diminta supaya lebih sensitif dan peka kepada persekitaran mereka khususnya di tempat awam.
Selain peka kepada individu yang tidak dikenali dengan gelagat yang mencurigakan, langkah keselamatan seperti memilih untuk berjalan melawan arus di kaki lima jalan raya wajar dipraktikkan orang ramai.

Cermin sisi kenderaan perlu sentiasa dipantau bagi mengenal pasti individu yang berada di sisi kenderaan dan jangan memberikan sebarang respon sekiranya diminta untuk berbuat demikian oleh individu tidak dikenali.

Walau bagaimana pun, di SUBANG JAYA, polis tidak berhasrat mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mengharam atau mengetatkan penjualan asid kepada orang awam yang dianggap sesetengah pihak mampu menangani kes simbah asid, termasuk bagi tujuan jenayah yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata mustahil bagi polis mengemukakan cadangan itu kerana asid mempunyai pelbagai kegunaan tertentu secara sah yang mana pengharamannya akan menimbulkan masalah lain pula.

Di KOTA KINABALU, polis menyifatkan kejadian seorang gadis menghadapi risiko buta akibat terkena ‘tembakan’ cecair dipercayai mengandungi asid dari pistol mainan seorang lelaki Rabu (17/08/2011) lalu, sebagai kes terpencil.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Taman Khidmat, Kolombong, dekat sini, itu adalah pertama di Sabah dan bukan bersifat serangan rawak terhadap orang ramai seperti yang berlaku di Semenanjung.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat motif kejadian. Kes ini membabitkan seorang gadis saja yang disimbah cecair. Cecair itu sudah dirujuk ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, selain cedera di mata, Ling Siew Teen, 22, turut melecur di pipi, hidung, bibir dan dagu berikutan terkena cecair dipercayai air dicampur asid yang 'ditembak' ke mukanya.

Ahmad Sofi meminta orang ramai tidak membuat andaian kerana siasatan masih dijanlankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan parah kepada mangsa.

Laman-Seri : Dah lama dah jenayah simbah asid ni... pelik benar polis ambil masa yang laaaaaamaaaa untuk menangkap penjenayah... :(



Petikan : BHarian 20/08/2011 dan HMetro

3 ulasan:

  1. Hukuman yang lebih berat patut dikenakan pada pelaku penyimbah asid...
    Ini mengambil kira mangsa mengalami trauma yang berpanjangan dan kecacatan yang kekal, selain kos rawatan yang tinggi...

    BalasPadam
  2. @Koding

    Benar sekali. Kita hampir takut hendak ke tempat awam disebabkan mereka masih bebas dan bermaharajalela untuk melakukannya sesuka hati...

    BalasPadam
  3. Masa yang lama diambil untuk menyelesaikan kes ini mungkin disebabkan masalah yang timbul sepanjang siasatan terutamanya soal mengenalpasti penjenayah yang terlibat kerana bukti kukuh misalnya mengenai 'siapa' individu terlibat juga bukti-bukti sokongan lain tidak cukup membantu pihak berkuasa. Apa-apa pun, tindakan untuk mengatasi masalah ini perlu. Soalnya,kes-kes simbahan asid ini berbahaya...Semakin risau soal keselamatan diri,khasnya dan umumnya, keselamatan masyarakat ..~

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails