“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Jun 14, 2010

Membina syurga di hati perlukan ketakwaan, kekuatan iman



BILAKAH kita mengingati Allah? Persoalan yang dikemukakan pakar motivasi yang juga penceramah bebas, Dr Robiah K Hamzah dalam ceramahnya bertajuk ‘Membina Syurga Di Hati’ di Masjid Bandar Baru Sentul, baru-baru ini mempunyai banyak maksud tersirat.

Ada terdengar suara jemaah mengatakan, mengingatkan Allah ketika solat, sakit dan susah, tetapi ramai yang terlupa mengucapkan syukur ketika menikmati rezeki dan kekayaan diberikan Allah.

“Cuba kita kira, setiap hari kita solat lima kali sehari dan setiap kali solat kita hanya menghabiskan masa lima minit. Ini bermakna dalam sehari hanya 25 minit saja dihabiskan untuk solat. Dalam waktu yang singkat itu, kita masih tidak khusyuk ketika sembahyang dan mereka yang solat sangat kecil bilangannya berbanding jumlah umat Islam yang ada di negara kita,” kata Dr Robiah.

Katanya, berdasarkan kajian hanya 18% masyarakat yang mengaku Islam di negara ini menunaikan solat iaitu ibadat yang dianggap tiang agama. Kalau tiang sudah tidak kukuh tentu rumah yang hendak dibina tak akan bertahan lama. Begitu juga dengan iman yang luruh jika tidak disertakan dengan amal ibadat. Kita ingat Allah ketika kita susah, tetapi mengapa kita mengeluh apabila berdepan dengan penyakit atau musibah?” soal beliau.

Katanya, perkara inilah yang patut dikaji semua dalam usaha membina syurga di hati kerana ramai menghabiskan banyak masa di meja makan tanpa rasa bersyukur terhadap nikmat yang diberikan, malah ada yang tidak tahu atau terlupa untuk membaca doa serta membaca Bismillah sebelum makan.

“Bagaimana hendak membina syurga di hati sedangkan kita lupa kepada Yang Esa, Maha pencipta. Seseorang wanita boleh mencium syurga jika taat kepada suami, begitu juga suami perlu tunai kewajipan kepada isteri dan anak selain ingat kepada ibu bapa. Anak yang taat kepada ibu bapa juga dijamin syurga,” katanya.

Menurutnya, seseorang anak yang beriman perlu bertanggungjawab menjaga kebajikan orang tua dan patut menanggung pembayaran semua bil yang digunakan ibu serta menjaga makan, pakai mereka kerana berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa sangat dituntut dalam Islam.

Gejala sosial termasuk kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi sekarang menunjukkan betapa tenatnya remaja kini yang tidak dapat membezakan nilai baik dalam hidup. Di sebalik pertambahan kes pembuangan bayi, malangnya kempen mengenainya tidak begitu ketara berbanding usaha dilakukan pihak berkuasa menangani wabak H1N1. Gejala pembuangan bayi sebenarnya lebih bahaya kerana ia membabitkan akhlak generasi muda pada masa depan.

Dr Robiah meminta badan bukan kerajaan (NGO) turut memainkan peranan melaksanakan kempen membanteras kes buang bayi.

“Usaha memperkenalkan pendidikan seks di sekolah memang langkah yang baik, tetapi ia perlukan penyelidikan dalam menyediakan modul supaya bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Perlu ada golongan tertentu dipilih untuk menyelidik modul pengajian dan mengkaji keberkesanannya sebelum dilaksanakan di sekolah,” katanya.

Selain itu, Dr Robiah juga menyarankan supaya diperkenal pendidikan khusus mengenai institusi keluarga di peringkat pengajian tinggi.

“Usaha ini perlu supaya generasi muda sedar peranan mereka melayari bahtera rumahtangga dan mengelak hubungan terlarang yang menjadi punca pembuangan bayi,” katanya.

Sumber : BHarian 14/06/2010


1 ulasan:

  1. kalau hubungan dengan Allah pun boleh dianggap enteng dan dipandang ringan, apatah lagi hubungan sesama manusia..

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails