“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Ogos 06, 2011

Awas dengan pertubuhan yang memurtadkan umat Islam

ALKITAB versi bahasa Melayu diberikan kepada setiap orang Islam yang menyertai pertubuhan agama Kristian.


Assalamualaikum warahmatullah,

Laman-Seri : Hari ini hari ke enam umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa. Dan hari ini juga dilaporkan berita yang mengejutkan, ‘sogok wang gadai akidah’ di BHarian 06/08/2011. Benarlah sabda Rasulullah SAW, “Kemiskinan membawa kekufuran”.

Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Adakah kerana pemimpin yang kemaruk kuasa dan harta dan golongan ulama dan bijak pandai Islam telah bertukar selera. Golongan ini hanya tahu berpolitik dan menjual agama demi kelansungan kemewahan. Kita juga perlu tanya semula, apakah majlis Agama Islam dan Pusat Zakat yang kononnya mengutip wang berjuta ringgit (mungkin billion ringgit) benar-benar menjalankan kewajipan dan tanggungjawab mereka?

Pertubuhan berselindung di sebalik kebajikan

Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.

Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit. Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.

Setiap peserta turut dijanjikan ‘kehidupan baru’ oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah ‘penyelamat’ jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.

Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan. Ketika ‘diselamatkan’ daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan. Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

“Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan. Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad,” katanya.

Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.

JASMINE mengaku menerima bantuan daripada sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya.

Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.

“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.

Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan.




Petikan : BHarian 06/08/2011

Capaian entry berkaitan :
* Ahli politik perlu hormat tugas penguat kuasa
* Implikasi buruk cabar ketetapan Islam agama bagi Persekutuan
* Gerakan berani Kristian, salah siapa?
* Rumah perlindungan pesong akidah
* Perbaiki cara dakwah elak umat dipedaya
* 12 soalan kuiz antara bukti diperoleh JAIS
* ‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’
* Awas dengan pertubuhan yang memurtadkan umat Islam
* Kisah seorang lelaki soleh dan gangguan syaitan
* Kemiskinan membawa kekufuran

3 ulasan:

  1. BHarian 06/08/2011 ~ Rujuk sultan isu serbu gereja

    Menteri Besar Selangor tunggu laporan JAIS sebelum menghadap

    SHAH ALAM: Kerajaan negeri merujuk isu serbuan Gereja Methodist, Damansara Utama di Petaling Jaya, malam Rabu lalu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meminta nasihat dalam mencari penyelesaian.

    Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya peka dengan laporan media mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dan tindakan seterusnya akan diambil selepas menerima laporan JAIS sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

    “Sebaik menerima laporan JAIS, saya menghadap Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini dan memastikan perkara begini tidak berulang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

    Berikutan itu, Abdul Khalid melarang semua EXCO mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu sehingga selesai.

    Katanya, kerajaan negeri kesal kejadian itu dan yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela.

    Sementara itu, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Khairudin Abas, menggesa semua pihak tidak buat kesimpulan melulu, termasuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam siasatan berhubung insiden berkenaan.

    “Tindakan segelintir media yang membangkitkan semua isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil bahasa Melayu dalam laporan mereka amat dikesali kerana ia seolah-olah membangkitkan kembali rasa ketidakselesaan beragama yang kita nikmati selama ini,” katanya.
    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan pihaknya terbabit dalam serbuan itu malam Rabu lalu, namun lebih kepada memberi perlindungan keselamatan kepada pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS.

    Timbalan Pesuruhjaya III PAS, Khalid Samad, pula berkata tindakan JAIS tidak wajar kerana tidak semestinya orang Islam yang hadiri majlis itu mempunyai niat untuk murtad.

    BalasPadam
  2. Apa pula Khalid Samad kata tindakan JAIS tidak wajar?

    Yang kita tahu, majlis makan malam, buka puasa?

    1. kenapa pukul 10 malam?
    2. kenapa 12 orang melayu aje?
    3. kenapa tak ajak semua melayu kawasan tu, tok imam sekali?
    4. kenapa tak maklum kepada JAIS, ajak mereka sekali?

    Ini nmesti tipu helah mereka..... Confirm!

    BalasPadam
  3. Ini kena tanya pusat zakat. Apa yg pusat zakat buat untuk membantu muallaf, fakir miskin? Dengar cerita pusat zakat begitu bangga dengan kutipan berjuta dan boleh beli bangunan. Kalau kristian boleh /sanggup keluar RM1000.. pusat zakat keluar RM250.

    Ada juga dengar rungutan orang fakir yang susah sangat nak dapat bantuan pusat zakat, banyak cengkadak.

    Jadi kita tak boleh salahkan paderi kristian 100%, tengoklah salah pentadbiran dan pengurusan kewangan umat Islam dulu. Pusat zakat duk berlumba-lumba memperkemaskan pejabat jer, patut pusat zakat tak boleh pengang duit zakat, semua mesti diagihkan. Dan pegawai pusat zakat mesti proaktif jangan tunggu oarang miskin datang. Sekarang dah ada kemudahan email dll, orang ramai dah boleh mencadangkan siapa yang patut diberi bantuan.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails