“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Ogos 17, 2011

Letup-letup, tumbuhan liar berkhasiat

Spesies yang biasa ditemui di Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi anda yang dibesarkan di kawasan kampung, anda tentu pernah melihat buah letup-letup. Seronok sungguh kalau jumpa buah ini. Tak tahu pula saya yang buah ini banyak kegunaannya. Pucuk dan bunganya dikatakan boleh dimakan sebagai ulam apabila direbus atau dicelur dalam air panas, rasanya enak bila dimakan dengan sambal belacan. Tidak pernah pula saya mencubanya, tetapi buahnya yang telah masak memang manis rasanya.

Letup-letup atau nama botaninya Passiflora foetida merupakan tumbuhan liar dari gen physalis dan tergolong dalam keluarga solanaceae. Ðikenali juga sebagai tanaman tutup bumi dan banyak dijumpai di ladang getah ataupun kelapa sawit, pokok letup-letup juga mempunyai khasiat baik sebagai ubat herba.

Tumbuhan liar ini dipanggil dengan nama panggilan tempatannya pokok letup-letup kerana ini berdasarkan sifat buah pokok ini yang akan meletup apabila matang dan melepaskan bijinya ke persekitaran untuk pembiakan.

Pokok letup-letup merupakan sekumpulan tumbuhan tahunan dan kekal yang selalunya ditanam sebagai tumbuhan hiasan dan sumber makanan. Tumbuhan ini tumbuh liar di Eropah, Amerika dan Asia.




bunga letup-letup

Terdapat pelbagai spesies physalis. Spesies yang ditanam untuk nilai hiasan ialah p.alkekengii atau juga dikenali dengan nama ‘Tanglung Cina’ dan ‘Winter Cherry’. Spesies ini boleh dikenali dengan bunganya yang besar dan berwarna oren dan merah.

Spesies yang buahnya boleh dimakan pula ialah p.pruinosa, p.peruviana dan p.ixocarpa dan p.minima.



Cape Gooseberry fruit with husk


Cape Gooseberry (Physalis peruviana) leaves and fruit

P.peruviana dikenali juga dengan nama ‘Cape Gooseberry’ atau ‘Ground Cherry’. Pokoknya tumbuh sehingga 2 kaki tinggi. Buahnya terletak di dalam kaliks yang berupa seperti beg kertas yang akan terbuka apabila buahnya sudah masak dan berwarna kuning. Buah ini kecil dan manis serta boleh dimakan mentah atau dijadikan jeruk. Spesies ini mempunyai tindakan sebagai antibakteria.

Strawberry Groundcherry (Physalis pruinosa)

P.Pruinosa dikenali juga dengannama ‘Dwarf Cape Gooseberry’ atau ‘Strawberry Tomato’ merupakan jenis yang paling popular ditanam kerana dengan ketinggian sehingga 18 hingga 20 inci, ia lebih kecil dan mudah diuruskan dari p.oeruviana. Buahnya sama seperti p.peruviana dari segi rasa dan saiz tetapi kaliksnya keras sedikit dan akan bergulung ke belakang untuk mendedahkan buah yang masak.

P.ixocarpa atau dikenali dengan nama ‘Tomatillo’ atau ‘Mexican Husk Tomato’ pula lebih lembut dari jenis lain. Buahnya bersinar dan berwarna hijau kekuningan dan terletak dalam kaliks yang akan terbuka tetapi tidak gugur ketika buahnya masak dan berwarna ungu. Ði Amerika Latin, buahnya dihancurkan dan digunakan dalam sos. P.minima atau dikenali dengan nama ‘Sunberry’ pula mempunyai bau yang kuat dan mempunyai ketinggian mencapai sehingga 1.5 meter. Ðaunnya berbentuk oval dan lembut. Buahnya berbentuk beri dan tersimpan juga dalam kaliks berupa beg kertas. Batang spesies ini berguna sebagai hipotensif, hipoglisemin dan diuretik. Akarnya pula sebagai febrifuge (untuk melegakan demam) dan untuk tekanan darah.

Thick-leaved Groundcherry (Physalis crassifolia)

Buah pokok letup-letup yang dimasak akan mempunyai rasa seperti tomato ceri, berjus dan sedikit astringen serta mempunyai rasa manis. Buah yang tidak masak boleh dijadikan sayur. Buah ini mengandungi kira-kira 6% gula, 2.7% protein, 1.2% debu, 0.6% tanin dan 0.5% pektin.

Buah ini juga mempunyai kuantiti vitamin C yang sesuai iaitu kira-kira 24.5mg per 100ml jus. Kaliks yang melindungi buah sebelum buah ini masak tidak boleh dimakan kerana bertoksik. Jika dimakan, mampu menyebabkan seseorang itu mengalami cirit-birit.

Buah pokok letup-letup juga dikatakan boleh menjadi penaik selera makan, pahit, diuretik, penjulap dan tonik. Ekstrak daripada tumbuhan ini dikatakan menunjukkan aktiviti anti kanser. Jus daripada daun yang dicampurkan dengan minyak biji sawi dan air dikatakan berguna dalam merawat sakit telinga.

Merawat gatal-gatal kulit

Batang pokok letup-letup pula dikatakan mempunyai khasiat untuk merawat gatal-gatal kulit. Caranya adalah merebus keseluruhan pokok termasuklah akarnya sekali. Kemudiannya tunggulah sehingga air rebusan ini suam sedikit sebelum digunakan sebagai ubat sapu pada bahagian kulit yang gatal.

Melegakan batuk

Air rebusan batang pokok letup-letup juga dikatakan mampu dijadikan ubat merawat batuk. Air rebusan tersebut hendaklah diminum setelah airnya suam.

Merawat luka

Ðaun pokok letup-letup pula dikatakan berguna untuk dijadikan ubat luka. Caranya adalah dengan melumatkan beberapa helai daun dan kemudian menampalkannya di bahagian luka.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan pokok letup-letup, namun hendaklah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Sumber : MW#1184 dan http://en.wikipedia.org/wiki/Physalis

4 ulasan:

  1. tak sangka ada khasiat lain buah meletopps ni. i miss this cute little fruit!! :-)

    BalasPadam
  2. Betul... menarik buah ini. Dulu masa kecik suka juga makan isinya. Dah agak lama tak nampak buah letup ini... agaknya sebab duduk di hutan batu...

    BalasPadam
  3. Teringat kembali zaman kanak-kanak dulu...

    BalasPadam
  4. P. alkekengii - bunganya kecil dan berwarna putih. Kulit buahnya (Chinese lantern) berwarna hijau, kemudian kuning dan akhirnya jingga tua.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails