“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Mei 05, 2009

Q&A : Dilema isteri cikgu miang

Guru jadi mangsa deraan fizikal, mental, suami berpeleseran dengan pelajar sendiri


SOALAN:

SAYA seorang guru berumur 36 tahun. Sudah berumahtangga sejak sembilan tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata. Suami juga seorang guru.

Suami seorang yang panas baran. Sepak terajang, maki hamun adalah sebahagian daripada rutin rumah tangga. Panas barannya berkurangan selepas beranak dua. Dari segi kewangan, semua dijaga suami. Ramai rakan yang bercakap-cakap mengenai perangai suami yang suka dan rapat dengan pelajar perempuan. Saya percaya dengan kata suami, malah pula beliau cukup dikenali dan disegani masyarakat setempat. Saya terjumpa gambar adegan lucah suami bersama pelajarnya biarpun berdasarkan pada tarikh tertera ia berlaku sekitar tiga tahun lalu. Ikutkan hati, tidak berbaloi untuk saya terus berkorban perasaan menerima suami begitu. Namun, apabila difikirkan anak-anak, saya jadi tak sampai hati. Perlukah saya berpisah atau maafkan dia?


ISTERI CIKGU


JAWAPAN:

Salam kesabaran buat Puan. Terima kasih kerana meluahkan apa yang tersimpan bertahun lamanya. Apa yang dapat difahami daripada cerita anda ini amat memalukan golongan pendidik, dan memilukan diri dan keluarga guru.

Bagaimana guru boleh menjadi contoh jika gurunya buta Tuhan di mata dan syaitan di hati. Nampak kelihatan bermoral dan disegani, namun dia bersikap musang berbulu ayam, alangkah malangnya sekolah memiliki guru sedemikian bukan saja tidak mampu mengajar dan mendidik diri sendiri, malah mengkhianati anak bangsa dan keluarga.

Sepatutnya dia mendidik, tetapi dia menitik anak bangsa menjadi hina dan jijik. Puan, Allah tidak membenarkan hambanya kekal dalam kekalahan, penderitaan dan membiarkan kehidupan dikuasai iblis bertopeng manusia.

Puan makan pendapatan yang bergaul dengan maksiat dan perbuatan haram, maka rezeki yang dibawa balik dibimbangi tidak bersih atau syubahah, malah boleh jadi haram, kerana dalam proses mendapatkannya bercampur yang halal dan haram kerana yang tercemar itu anak-anak, anda dan pelajar sendiri.

Sikap puan memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap sikap kotor itu akan menjadikannya lebih berani dan tidak segan silu melakukan apa saja yang dia mahu.

Anda sangat takut pada sikap baran tetapi anda tidak takut dengan kemurkaan Allah.

Sikap puan yang berdiam diri walaupun dizalimi dalam rumah tangga, adalah galakan untuk dia melakukan apa saja diingininya. Keadaan ini akan merencatkan pertumbuhan jiwa anak dan membuat puan hidup dalam kesengsaraan dan terus dalam kepura-puraan.

Ke mana perginya takut puan pada Tuhan dan pada kawan-kawan? Jangan masukkan diri anda ke lembah dosa dengan cara membiarkan dia melakukan apa saja pada puan hanya kerana anak-anak. Sebenarnya kehidupan puan yang sebegini saja sudah mencacatkan perkembangan emosi anak dan emosi puan.

Puan akan mengundang padah kesihatan kerana mengalami tekanan fizikal, mental, emosi dan spiritual yang sangat panjang. Jangan tunggu sampai puan sudah sakit baru mahu bertindak. Nasihat saya selamatkan diri dan anak-anak daripada perangkap iblis yang ada dalam baran suami. Bagaimana anda mahu mengajar apa itu kejujuran dan keberanian pada murid sekiranya anda sendiri menyembunyikan keganasan rumah tangga puan sendiri sehingga disepak terajang suami. Ini bukan sayang namanya dan lama-kelamaan puan akan berputus asa untuk bertindak.

Puan hanya perlu melaporkan semua kejadian kepada jabatan agama dan mengisi borang menyatakan apa yang sudah suami lakukan dan nyatakan anda tidak mampu lagi hidup bersamanya. Dengan cara ini, puan akan dapat bantuan menyedarkan sikap suami yang tidak berakhlak pada isteri dan sikapnya yang kotor di sekolah.

Belajarlah berani demi menyelamatkan diri dan anak serta anak murid yang menjadi mangsa perangai suami. Bagaimana boleh mengharapkannya mendidik murid, sedangkan dia bersikap harapkan pagar, pagar makan padi.

Tidak akan ada perkahwinan yang mampu bertahan kalau diteruskan kerana anak-anak. Langkah seterusnya banyak mendekatkan diri kepada Allah yang menghidupkan kita dan mematikan serta memberi rezeki. Selamat membina jalan hidup yang lebih bersih dan lebih bererti buat diri dan anak-anak dengan cara membebaskan diri daripada perangkap besi suami dan membangunkan kehidupan yang bebas penderaan kerana Allah.

Sumber : BHarian 2009/05/03

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails