“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, April 01, 2009

Khidmat urut bersalin di hospital

KUALA LUMPUR 31 Mac - Buat pertama kali di Malaysia, khidmat urut bersalin disediakan untuk ibu-ibu lepas bersalin di hospital kerajaan Putrajaya mulai Jun depan, Pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM), Kementerian Kesihatan, Dr. Ramli Abdul Ghani, mengumumkan hari ini.

Khidmat percuma itu sekarang akan diberikan oleh tukang-tukang urut tempatan terlatih, katanya.

Ramli berkata, khidmat itu telah dibincangkan dengan mendalam dengan pakar-pakar Bersalin dan Sakit Puan dan ia didapati bermanfaat kepada ibu-ibu lepas bersalin.

Ramli berkata, khidmat itu sebahagian daripada program T&MC yang telah bermula sejak 18 bulan lalu dan kini dijalankan di tiga hospital - di Kepala Batas, Putrajaya dan Johor Baru.

Terdapat tiga jenis khidmat perubatan tradisional & komplementari di bawah program ini iaitu akupuntur, urut tradisional Melayu dan perubatan herba.

Ramli berkata, program T&CM semakin popular di kalangan warga Malaysia dan perangkaan menunjukkan sejumlah 14,134 kes baru dan susulan diperiksa dan dirawat di unit-unit T&CM di tiga hospital itu. - Bernama

Sumber : Utusan

1 ulasan:

  1. 1. KKPj ada 4 di Pj

    2. unit TCM = 2009

    3. pusat BBR = 2012

    4. HPj

    * pusat BBR = bersalin berisiko rendah PRESINT 8 R 3

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails